Pentas Hidup: August 2013

Kehilangan tiga beradik terjawab


kkk 


IPOH – Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru, di sini, sejak 6.30 petang semalam, ditemui dalam keadaan selamat di ibu negara malam tadi.
Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Syafaruddin Syazwan Rizauddin, 11; Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiah, 6, ditemui kira-kira jam 9 malam.
Mereka kemudian dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Polis masih menjalankan siasatan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, di sini, tengah malam tadi.
Ketiga-tiga mereka sebelum ini dipercayai hilang antara jam 2 hingga 6 petang kelmarin ketika ibu mereka keluar bekerja.
Sementara itu, bapa tiga beradik itu, Rizauddin Md Zain berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka ditemui selamat walaupun masih hairan bagaimana mereka boleh pergi sejauh itu.
“Saya dihubungi seorang pegawai polis dari IPK Perak memberitahu mereka sudah ditemui,” katanya.
Sementara itu, usaha untuk menghubungi ibu dan bapa saudara mereka tidak berjaya. – Metro

Followers