Pentas Hidup: Sharifah Sakinah Tak Bogel – Anzalna

Sharifah Sakinah Tak Bogel – Anzalna


sharifah sakinah


Kontroversi video Keek Sharifah Sakinah yang sememangnya tidak sedap mata memandang turut memalitkan lumpur kepada Anzalna. Ini kerana video tersebut di”upload” menggunakan akaun Keek Anzalna. Bagi Anzalna, nasib Sharifah Sakinah tidak baik kerana video itu menjadi panas di YouTube
. sharifah

 Anzalna memberitahu yang perangai Sharifah Sakinah sememangnya gila-gila. Menerangkan kejadian tersebut, Anzalna berkata:-
“Ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek. Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami semua memang berperangai giler-giler. Asal ada saja perkara yang kelakar sewaktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu jer sebab kepala masing-masing giler-giler. Kami hanya berseronok.
Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan, Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu
Orang kata, artis ini memang standard gila-gila dan lucahnya lain macam sikit. Tinggi sikit daripada orang biasa. Bagi Abang Nara memang dah lucah dan tidak sesuai langsung video Sharifah Sakinah nie. Takkan nak tunggu bogel baru nak menyesal? Senang cerita, tak payahlah upload video-video mengarut nie. Buat sakit mata dan sakit hati je melihatnya.

Followers