Pentas Hidup: July 2012

Kisah Kejayaan Kentucky

Kisah Kejayaan KFC

Add caption

Kisah Kejayaan pengasas resipi ayam goreng KFC iaitu Colonel Harland Sanders yang dilahirkan di Kentucky pada tahun 1890. Semasa zaman kanak-kanaknya dia biasa memasak kerana ibunya sibuk bekerja setelah ayahnya yang bekerja sebagai pelombong meninggal dunia dunia ketika usianya sementah enam tahun. Manakala beliau pula anak sulong daripada lima orang adik beradik. Antara masakan yang beliau pelajari daripada ibunya ialah memasak ayam goreng. Namun untuk menjadi tauke ayam goreng bukanlah semudah dan sepantas itu. Sebaliknya Sanders sering bertukar kerja sehinggalah usianya 40 tahun. Waktu itu dia membuka stesyen minyak di Kentucky. Dalam masa yang sama dia memberi peluang orang yang singgah di situ menikmati ayam goreng yang dimasaknya sendiri. Akhirnya ramai orang menggemari keenakan rasa ayam goreng Sanders.
Kemudian dia membuka restoran ayam gorengnya sendiri bagi memenuhi permintaan orang ramai yang rindukan ayam gorengnya. Malangnya restorannya terpaksa ditutup (1952) dan Sanders kehilangan semua perniagaannya melainkan resipi menggoreng ayam yang mengadunkan 11 aneka herba dan ramuan itu. Akhirnya Sanders berjaya memfrancaiskan perniagaan ayam gorengnya dan semua itu dicapai hanya pada usianya 65 tahun. Kini KFC berada di lebih 80 buah negara dengan pendapatan tahunannya (royaltinya) melebihi USD40,000 setahun.

Beberapa pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah Colonel Harland Sanders ini adalah:
  1. Jangan ragu menggilap bakat yang tampak semasa zaman kanak-kanak. Ia boleh menjadi sumber pendapatan dan sumber hidup yang kekadang lumayan.
  2. Jika ‘bintang’ belum menyerlah dalam sesuatu bidang, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan lakukan apa yang anda sukai kerana pintunya mungkin akan terbuka juga suatu hari nanti.
  3. Jika anda suka memasak, teruslah memasak. Jika anda suka menulis, teruslah menulis. Jika anda suka komputer, teruslah menggodam komputer. Jika anda suka melukis, teruslah melukis. Jika anda suka enjin, teruslah menggodam enjin motor (bukan motor curi) dan pelajari matematik kejuruteraan. Jika anda berhenti berbuat demikian, maka momentum untuk anda memulakannya kembali menjadi lemah.
  4. Mustahil kejayaan datang dalam masa sehari atau bergolek. Pasti ada harga yang perlu dibayar. Itulah ketekunan, kesabaran, disiplin dan konsisten.
  5. Jangan jadikan umur sebagai batasan untuk berjaya. Kejayaan adalah subjektif. Ia akan datang kepada mereka yang inginkannya.
  6. Setiap orang berhak meraih kejayaan mengikut perspektif dan cara masing-masing.
Sebenarnya ramai rakyat di Malaysia yang sudah berjaya, contoh kejayaan Colonel Harland Sanders ini adalah sekadar memetik inspirasi dari seorang lelaki tua berjanggut putih di KFC

Followers