Pentas Hidup: Tomok Berkahwin Setelah Hampir 8 tahun Berkawan

Tomok Berkahwin Setelah Hampir 8 tahun Berkawan

Petikan Dari MO

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail selamat diijab kabulkan bersama Rahayu Abas (Ayu) pada pukul 9.30 malam tadi. Tomok dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli dengan berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon. Tomok yang juga membawa sembilan dulang hantaran termasuklah wang mas kahwin bernilai RM300 dan wang hantaran bernilai RM12697.11 turut menerima 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.


"Saya sangat-sangat gembira lepas akad nikah selamat dijalankan, setelah lapan tahun kami bercinta, mengharungi susah dan payah bersama akhirnya kami selamat disatukan dimajlis pernikahan ini. Kami ambil  masa lama untuk sampai ke tahap ini kerana kedua-duanya sibuk dengan kerja.

"Saya mencari orang yang memahami kerjaya saya sebagai artis, lapan tahun berkawan banyak gosip-gosip tersebar, namun saya lihat Ayu masih boleh menerima saya dan memahami keadaan saya,"jelas Tomok yang mula mengenali Ayu sebelum memasuki program realiti, One In A Million lagi.

Seperti Tomok juga, sudah tentu isterinya ini gembira meraikan hari bersejarah mereka ini. Biarpun faktor usianya yang lima tahun lebih berusia daripada Tomok, namun wanita cantik ini tidak menjadikan jarak usia itu untuk mengukur cinta mereka.

"Mengenali Tomok semenjak dia masih berusia 19 tahun, walaupun ketika itu masih muda namun selepas berkawan dan kemudiannya bercinta saya dapat rasakan ada keserasian antara kami berdua.

"Lapan tahun bercinta, tipu kalau saya katakan saya tidak pernah cemburu dia bersama peminat-peminatnya, tapi kini saya dah mula memahaminya dan menghormati peminat-peminatnya, juga dirinya,"luah Ayu yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.


"Setakat ini kami masih belum rancang untuk pergi ke mana-mana tempat untuk berbulan madu, tapi dalam angan-angan, kami mahu bercuti dikawasan pantai seperti di Bali.

"Tentang anak pula, kalau boleh saya mahu secepat mungkin dan kerana saya memang sangat menyenangi kanak-kanak,"jelas Tomok lagi.

Followers