Pentas Hidup: Mayat seorang Gadis di Kerat Dan Dibakar

Mayat seorang Gadis di Kerat Dan Dibakar

Nafi mangsa diperkosa

JOHOR BAHRU: Polis menafikan laporan akhbar mendakwa remaja yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, Norrahayu Qomarudin, 16 atau Ayu, dirogol sebelum dibunuh, dikerat dan dibakar.Ketua Polis daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sehingga kini pihaknya hanya menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


“Kami masih menyiasat pembunuhan ini dan motif pembunuhan juga masih belum diketahui, berikutan itu laporan mengatakan mangsa dirogol masih belum dapat disahkan.

“Siasatan masih dijalankan mengikut pelbagai sudut dan kami juga menahan suspek utama kes iaitu pengawal keselamatan sebuah kuari berusia 46 tahun untuk mencari petunjuk sekali gus melengkapkan kertas siasatan,” katanya.
Beliau juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung bahagian badan mangsa yang belum ditemui dan meminta orang ramai mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.
Terdahulu, mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan, penemuan itu dikaitkan dengan Norrahayu yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, 18 Jun lalu.

Followers