Pentas Hidup: AWAS ARTIKEL MENGHINA ISLAM

AWAS ARTIKEL MENGHINA ISLAM

Objektif pertama syariah ialah bagi memelihara agama Islam. Ia salah satu
daripada lima maqasid syariah. Dalam konteks sebuah negara, Islam telah
menetapkan tanggungjawab memelihara keluhuran dan kesucian agama Islam
adalah terletak di bahu pemerintah. Di sini kerajaan berperanan menjalankan
prinsip hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya (pemeliharaan agama dan
pembangunan duniawi) berteraskan siyasah syar’iyyah. Menurut Ibnu ‘Aqil;
siyasah syar’iyyah itu ialah apa jua perbuatan yang mampu mendekatkan
manusia (rakyat) kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada
kebinasaan walaupun tidak disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan tidak
diturunkan oleh wahyu (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb
al-‘Alamin, j.6, hal.26)
Justeru itu dalam menangani kebobrokan serangan pemikiran yang kian
melanda umat Islam, kewibawaan pemerintah benar-benar mencabar dan
tercabar. Ia bermula apabila masyarakat moden mula memperkatakan soal
pembentukan civil society. Bagi tradisi liberal, masyarakat sivil dikaitkan dengan
pilihan, kebebasan dan tanggungjawab individu. Dalam tradisi Barat, kumpulankumpulan sukarela, pergerakan sosial, media massa dan lain-lain institusi bukan
kerajaan dapat berfungsi tanpa kawalan kerajaan. Dengan itu, masyarakat sivil
menjadi medium bagi rakyat membahaskan apa jua isu termasuk

memperkatakan isu-isu sensitif sehingga membabitkan kesucian agama.
Dalam konteks sebuah negara Islam, sudah tentu konsep civil society yang
dicanang oleh pemikiran Barat itu menyalahi konsep kebebasan beragama dan
bersuara yang ditetapkan oleh Islam. Nilai-nilai demokrasi liberal Barat apabila
diterapkan dalam semua aspek kehidupan manusia akan menjerumuskan
manusia menjadi pengkritik yang tidak terbatas bukan sahaja dalam soal dasardasar kerajaan malah sehingga mempertikaikan kesucian agama yang dianuti.
Itu lah kesan nilai-nilai hak asasi sekular-liberal Barat yang amat bahaya
sekiranya dibiar dan tidak diawasi oleh pihak pemerintah.
Laporan polis terhadap artikel menghina Islam
Pada 05 September 2008, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah bertindak

membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK). Ia

melambangkan keprihatinan institusi Islam kerajaan terhadap sebarang unsur

yang boleh menggugat kesucian agama Islam. Artikel RPK berjuduk `I Promise

to be a good, non-hypocritical Muslim' dan `Not all Arabs are descendants of the

Prophet' dilihat mengandung unsur-unsur menghina Islam. 2
Soal sama ada tindakan membuat laporan polis itu tepat atau sebaliknya, tidak
sepatutnya timbul. Ini kerana agensi kerajaan bertindak berasaskan kuasa dan
undang-undang yang wujud. Undang-undang perlu ditegakkan tatkala tabiat
manusia tidak lagi terkawal sehingga memudaratkan manusia yang lain
(maslahah ‘ammah). Apa lagi ia membabitkan ancaman pemikiran. Ia perlu
disekat dengan segera. Iqamat al-hujjah (alasan pertuduhan) sememangnya
patut dilakukan tetapi perlu berlandaskan undang-undang. Bukankah kes
menghina dan mempertikaikan agama adalah satu jenayah menurut Islam. Ia
bukan soal khilafiyyah yang boleh dikompromi. Oleh itu, iqamat al-hujjah
tempatnya ialah di mahkamah. Iqamat al-hujjah bukan bermakna debat sekadar
menentukan kalah atau menang.

Sejarah Islam sendiri telah membuktikan bagaimana para khalifah Islam pernah

mengharamkan bahkan bertindak tegas terhadap pembawa pemikiran yang
menyeleweng daripada aqidah Ahli Sunah Waljamaah. Sebagai contoh Ma'bad
al-Juhani pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah
Abdul Malik pada tahun 80 hijriyyah. Pada zaman itu juga Imam Hassan al-Basri
telah mengeluarkan fatwa menegah orang ramai menghadiri majlis yang
dipimpin oleh Ma'bad al-Juhani sambil menyifatkan dia adalah seorang yang
sesat lagi menyesatkan.
Seorang lagi pengikut mazhab Qadariyyah yang dihukum mati adalah Ghailan alDimasyqi iaitu pada zaman Khalifah Hisham bin Abdul Malik. Pada zaman
Khalifah Hisham juga baginda telah menjatuhkan hukuman yang sama ke atas

pembawa mazhab Jabariyyah iaitu Ja'd bin Dirham pada tahun 120 hijriyyah.

Jaham bin Safwan, iaitu murid kepada Ja'd bin Dirham juga menerima nasib
yang sama apabila dia juga dijatuhi hukuman bunuh pada zaman Bani Umayyah
atas arahan Gabenor Khurasan pada tahun 128 hijriyyah.
Pada zaman ini pula, menjadi suatu kebiasaan bagi institusi agama berautoriti
mengeluarkan arahan pengharaman buku-buku tertentu demi menjaga kesucian
pemikiran umat Islam. Sebagai contoh Institut Kajian Islam Universiti al-Azhar
yang dipimpin oleh Syeikh al-Azhar sendiri telah banyak kali mengeluarkan
keputusan-keputusan rasmi mengenai pengharaman kitab-kitab tertentu yang
dilihat boleh membahayakan aqidah Islam di samping boleh memecahbelahkan
umat Islam.

`I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim'
Artikel bertarikh 7 Ogos 2008 ini ditulis oleh RPK bagi membicarakan isu

ketidakpuashatian beliau terhadap amalan Islam di kalangan umat Islam pada
hari ini. Beliau menganggap umat Islam sebagai hipokrit atau munafiq terhadap
agamanya. Bagaimanapun ungkapan-ungkapan beliau amat melampau
sehingga seolah-olah beliau bercakap bukan bagi pihak Islam. Antaranya beliau

menyebut:- 3
“Listen to how Muslims talk. They foam at the mouth in defence of Islam. They
slander and defile other religions. They declare all other religions as false and
their holy books as fakes. They profess only Islam as the true religion,
Muhammad as the final and legitimate Prophet, and the Quran as the only
authentic book still in existence. Then they do everything that Islam is against

without blinking an eyelid as if this is what God Himself prescribed”.
Jika alasan ini yang menjadi penyebab kepada sikap munafiq umat Islam, ia
bermakna RPK telah menghina ajaran Islam itu sendiri. Apa yang disebut oleh
RPK bahawa kononnya umat Islam telah memfitnah agama lain, menganggap
agama lain sebagai salah dan kitab-kitab mereka sebagai menyeleweng, hanya
Islam agama yang benar dan Nabi SAW sebagai penutup segala nabi, kesemua
ini pada asasnya ialah ajaran-ajaran Islam yang sedia termaktub di dalam alQur’an dan al-Sunnah. Tiada sesiapa boleh mempertikaikannya sama ada umat

Islam atau bukan Islam. Malah umat Islam juga diperintah supaya menghormati

doktrin agama lain dan sekiranya ingin berhujah maka wajib berhujah dengan
penuh hikmah dan bijaksana.
RPK juga telah mencampuradukkan antara ajaran Islam dengan perangai buruk
segelintir umat Islam. RPK telah mengertikan fakta-fakta al-Qur’an yang
membongkar penyelewengan dalam agama lain dan kitab-kitab mereka sebagai
fitnah menerusi ungkapan beliau, “They slander and defile other religions”.
Kenyataan ini seolah-olah menyamakan al-Qur’an dengan sikap umat Islam
yang terlibat dengan perbuatan fitnah-memfitnah. Ini suatu provokasi terhadap
ajaran Islam dan bukan ke atas tabiat buruk umat Islam, sedangkan kemunafikan

itu timbul daripada sahsiah atau individu Islam sendiri. Ia tiada kena mengena
dengan ajaran suci Islam.
Menafikan kewajipan bertudung
Dalam artikel terbaru bertarikh 7 September 2008, RPK menulis artikel bertajuk

‘The Great Tudung Debate’. Artikel ini menukilkan beberapa jawapan yang ditulis
oleh sahabat beliau berkenaan hujah bahawa pemakaian tudung hanya
dikhususkan buat isteri Nabi SAW. Sebelum ini RPK telah menulis sebuah artikel

lain bertajuk ‘Inventing new religious rituals’. Dalam artikel ini RPK membuat
kenyataan berikut, “Apparently, the tudung was 'decreed' for only the Prophet's
wives and not for all women…”. Bagi mengukuhkan lagi dakwaan ini RPK
mengemukakan emel sahabatnya di dalam artikel ‘The Great Tudung Debate’

untuk menghujahkan bahawa bertudung hanya wajib buat isteri-isteri Nabi SAW

sahaja malah sama sekali tidak wajib buat wanita lain!
Antara hujah yang digunakan oleh sahabat RPK ialah seperti berikut:-
“O Prophet! Tell thy wives and thy daughters and the women of the believers to
draw their cloaks close round them (when they go abroad). That will be better, so 4
that they may be recognised and not annoyed. Allah is ever Forgiving, Merciful."
Surah Al-Ahzab (33), verse 59.

Comment : Firstly, see the words 'so that they may be recognised and not
annoyed'. This means at least the face must be visible. It is wrong to say that
other women at that time (non Muslim Arabs, Jews, Christians) did not wear the
tudung. The truth is that the Jewish and Christian women wore far more
conservative tudung than the Muslim women.
Covering the body is also required of men and women in the desert. It has
nothing to do with any religion. So when the verse says 'so that they may be
recognised' it actually means the women should not cover their face or head in
such a way that the people cannot differentiate them from other Christian and
Jewish women who also wear tudung and veils. This means there is no such
thing as a tudung to cover your head and face”.
Kenyataan ini menunjukkan penolakan tudung berpunca daripada kedangkalan
penulisnya dalam memahami ayat “zalika adna an yu’rafna fa la yu’zain” atau
terjemahan Inggeris “so that they may be recognised and not annoyed”.
Terjemahan Melayu bermaksud “demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenal, oleh itu mereka tidak lagi diganggu”. Jika diamati dengan teliti, ungkapan
ini langsung tidak memberi apa-apa hujah bagi penulis untuk menolak kewajipan
pemakaian tudung. Sebaliknya, penulis hanya mengandaikan semua wanita
pada zaman itu sama ada Arab jahiliyyah, Kristian mahupun Yahudi memakai
tudung, oleh itu bagi membezakan antara wanita Islam dan bukan Islam lalu
mereka diperintahkan supaya membuka wajahnya agar dapat dikenali.
Secara rasional, pandangan ini meminggirkan konteks sebenar ayat tersebut
secara keseluruhan. Mengapa penulis meninggalkan rangkap pertama ayat yang
dengan jelas memerintahkan supaya para isteri Nabi SAW, puteri-puteri Nabi
SAW serta seluruh wanita Islam memakai tudung? Perkataan ‘so’ sudah tentu
merujuk kepada ayat sebelumnya. Begitu juga dengan ungkapan “and not
annoyed”? Apakah penulis hanya mengambil ungkapan “so that they may be
recognised” untuk dijadikan hujah. Selainnya diketepikan kerana tidak memenuhi
kehendak dan selera akal. Jika penulis beranggapan bahawa “so that they may
be recognised” bermaksud supaya wanita Islam membuka wajah mereka bagi
membezakan diri mereka dengan wanita bukan Islam yang lain, apa pula
kaitannya dengan ayat “and not annoyed?”
Justeru itu ayat ini perlu difahami melalui sebab turunnya. Imam al-Qurthubi
menyebut: “Ketika mana menjadi suatu adat bagi wanita Arab bekerja, mereka

mendedahkan wajah mereka sepertimana hamba-hamba sahaya. Hal ini menjadi
daya tarikan kepada kaum lelaki untuk memerhatikan mereka sehingga timbul
keinginan terhadap mereka. Lalu Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya
mereka melabuhkan jilbab ke atas diri mereka sekiranya ingin keluar rumah bagi
memenuhi hajat mereka (bekerja dan sebagainya). Dahulunya mereka terdedah 5
di padang pasir sebelum wujudnya bilik air, (dengan pemakaian jilbab) dapat
dibezakan antara mereka dengan para hamba, dengan itu wanita merdeka dapat
dikenali dengan pemakaian tudung sekaligus menegah mereka daripada
terdedah kepada gangguan lelaki bujang atau para pemuda”. (Tafsir al-Qurtubi,
j.14, hal.243)
Sebab turun ayat ini merungkaikan segala permasalahan yang mengusutkan. Ia
jelas merupakan ayat agar wanita Islam yang merdeka menutup aurat bagi
membezakan diri mereka dengan wanita hamba sahaya. Pemakaian tudung juga
mampu menghindarkan diri mereka daripada gangguan liar para pemuda di
jalanan. Menurut al-Sudiy, ia bagi membezakan antara wanita Islam yang
merdeka dengan hamba sahaya dan wanita pelacur. Ini kerana kaum wanita
sering menjadi sasaran golongan ahli maksiat di Madinah pada ketika itu. (Tafsir
Ibn Kathir, j.6, hal.482)

Hujah kononnya semua wanita pada zaman tersebut sama ada Islam mahupun
bukan Islam memakai tudung juga langsung tiada kena mengena dengan ayat
tersebut. Malah wanita jahiliyyah amat terkenal dengan sifat mereka yang gemar
mendedahkan tubuh persis wanita di zaman ini. Dalam ayat lain Allah SWT
menegaskan bermaksud, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka...”. (al-Nur: 31) Menurut al-Qurtubi, ayat ini
menyebut supaya tudung dilabuhkan hingga ke dada kerana wanita di zaman
jahiliyyah gemar memakai tudung dengan cara hanya melepaskannya ke
belakang tubuh. Ini menyebabkan bahagian atas dada, tengkuk dan kedua
telinga terdedah. Lalu Allah SWT memerintahkan supaya tudung itu dipakai
sehingga menutupi dada mereka. (Tafsir al-Qurtubi, j.12, hal.230)
Kenyataan sahabat RPK “This means there is no such thing as a tudung to cover

your head and face”, juga langsung tidak berasas. Bukankah al-Qur’an telah

menggunakan kalimah jilbab atau jalabib (jamak) dan khimar atau khumur
(jamak). Dalam kamus Lisan al-‘Arab, jilbab ialah pakaian yang lebih luas
daripada khumur (tudung yang dipakai wanita untuk menutup kepala dan
dadanya). Dalam tafsir al-Jalalain, dijelaskan bahawa jilbab ialah pakaian yang
menyelimuti seluruh badan wanita. Ibnu Abbas mengatakan, “Isteri-isteri kaum
Mukminin diperintahkan menutup kepala dan muka mereka dengan jilbab kecuali
satu matanya agar diketahui bahawa dia adalah wanita merdeka”. (Lihat kalimah
Jim, Lam, Ba dalam Kamus Lisan al-‘Arab dan al-Sobuni, jld. 2, hal. 375)

Berbalik pula kepada kenyataan RPK berbunyi, “Apparently, the tudung was
'decreed' for only the Prophet's wives and not for all women…”. Ini berlaku
kerana kesilapan RPK dalam menukilkan hadith tersebut. RPK menyebut: “Later

that same day, a young and handsome Arab man named Safwan bin Al-Muattal
came along and spotted Aisha sitting all alone in the desert. Though he had
never met Aisha before, he immediately recognised her as one of the Prophet’s 6
wives because of the tudung that she wore. It seems, in those days, only the
Prophet’s wives wore the tudung to distinguish them from the other women”.
Lafaz yang disebut oleh RPK ini berbeza sekali dengan lafaz yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka. Ia berbunyi seperti
berikut: “Ketika itulah, Safwan bin Mu’attal as-Sulami al-Zakwani memacu
untanya dan melintas di kawasan itu. Dia terlihat ada sekujur tubuh bersalut kain
hitam. Ketika dia semakin mendekatiku, dia segera mengenaliku (kerana
wajahku terbuka ketika sedang tidur). Dia melihatku dan ketika itu perintah hijab

belum lagi diturunkan. Dia menjerit dengan rasa amat terperanjat lalu berkata,
Inna lillahi wa inna ilayhi raji un, yang bermakna dari Allah dia datang, kepada
Allah dia kembali. Aku terkejut dari tidurku dek teriakannya. Lalu aku menutup
wajahku dengan jilbabku”. (Sahih al-Bukhari no.3826 dan Sahih Muslim no.4974)
Amat jelas, dalam riwayat yang asal, langsung tidak dinyatakan kononnya
Safwan bin Mu’attal mengenali Aishah hanya apabila melihat tudung yang
dipakainya. Sebaliknya, riwayat ini menunjukkan bahawa Safwan sememangnya
telah mengenali Aishah sebagai isteri Nabi SAW sebelum itu. Oleh itu apabila
melihat sahaja wajah Aishah beliau terkejut lalu beristirja’ (membaca inna
lillah...). Maka kenyataan RPK: “Though he had never met Aisha before, he
immediately recognised her as one of the Prophet’s wives because of the tudung

that she wore” ialah satu pembohongan dan rekaan RPK semata-mata.

Menolak kewujudan syariat dan negara Islam
Dalam artikel bertajuk ‘Does Islamic State Really Exist’ bertarikh 22 Disember
2006, RPK telah menulis artikel yang jauh lebih ekstrim. Dalam artikel tersebut
beliau telah mengutarakan pelbagai pandangannya yang amat asing sekali
dalam sejarah dan pengajian Islam. Antaranya beliau menyebut tentang sejarah
beragama di Makkah yang dianggap sebagai berasal daripada faham pluralisme
agama. Beliau mengatakan seperti berikut:-
“Makah (Mecca or Mekah) of the pre-Muhammad era can be considered as most
cosmopolitan and tolerant as far as religious beliefs and persuasions go. The
black stone cube known as the Ka‘bah was home to 360 gods. Hubal, the Syrian
god of the moon; al-Uzza, the Egyptian goddess; al-Kutba, the Nabatean god;

Jesus, the Christian god; Jesus’ mother, Mary; and many more were all
represented in the Ka‘bah. Basically, every known god in the form of idols was
present within (some around) the four walls of the Ka’bah and they all lived
peacefully, side by side, in one home, the black-stoned cube”.
Tulisan RPK ini telah menghina Baitullah atau Ka’bah secara terang-terangan. Ia
menggambarkan seolah-oleh Ka’bah ialah satu berhala besar yang disembah

oleh semua agama berdasarkan doktrin dan gaya agama masing-masing. Ini

sekaligus menafikan ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut asal usul dan tujuan
pembinaan Ka’bah sebagaimana di dalam surah al-Baqarah ayat 125-128. 7
Lebih melampau lagi, apabila RPK menafikan Allah SWT sebagai tuhan yang
sebenar sebaliknya menganggap Allah hanyalah nama bagi tuhan angkasa atau
tuhan hujan kuno. Kenyataan biadap ini disebut oleh beliau dalam perenggan
berikut:-
“Allah was originally an ancient sky or rain god who eventually got elevated to the
position of supreme god. Since Allah was a high god, the Makah Arabs would not
call upon him in time of need but would instead speak to the smaller gods who
would act as a go-between to carry their prayers to Allah. Allah had three
daughters -- Allat the goddess, al-Uzza the mighty, and Manat the goddess of

fate. It was to these three daughters of Allah whom the Arabs prayed”.

Hasil daripada kajian dan pembacaan dangkal RPK, beliau akhirnya mendakwa
bahawa Nabi SAW tidak membawa sebarang agama dan syariat baru (Islam).
Sebaliknya Baginda SAW hanya didakwa membawa doktrin penyerahan atau
penyembahan kepada satu tuhan. Tiada apa yang dinamakan syariah atau
perundangan Islam. Sebaliknya Nabi SAW hanya meneruskan undang-undang
kuno yang sedia terpakai di Makkah pada ketika itu. RPK menyatakan seperti
berikut:-
“We must remember that the doctrine introduced by Muhammad was that of
submission. There was no Shariah or Islamic laws during the time of
Muhammad, as all these came later, long after Muhammad had left the scene.
Muhammad was of the Quraysh clan, the most powerful clan in Makah, and tribal

laws were the order of the day. These laws were mostly based on the concept of

retribution; an eye for an eye. If someone hit you on the head, then the

punishment would be you are to hit him back on exactly the same spot and with

exactly the same force, nothing more than that. If someone from a certain clan

steals your camel, then the clan must replace it with a camel of exactly the same
age, weight, etc”.
Kesimpulan akhir RPK bagi menjawab judul artikel beliau ini ialah, tidak wujud
istilah negara Islam sama sekali! Malah syariah atau perundangan Islam hanya
wujud lama setelah kewafatan Baginda SAW. Ia diwujudkan oleh khalifah yang
empat bagi mempertahankan kedudukan dan pengaruh masing-masing. Beliau
menyebut:-
“The argument that Muhammad set up an Islamic State and introduced Islamic
laws is certainly not true. The laws were pre-Muhammad and even Muhammad
was forced to honour them. There was no Shariah like that we know of today.
Later, after the period of the four Caliphates who ruled after Muhammad had died

--Abu Bakar, Umar, Uthman and Ali -- the rulers began to lose their powers and

the theocrats took over and introduced the Shariah which bound all Muslims. In

fact, Medina itself lost its place as the centre of Islam”. 8
Lagak RPK yang menafikan konsep negara Islam tidak ubah seperti apa yang
pernah diajukan oleh ‘Ali ‘Abd al-Raziq, pengarang buku al-Islam wa Usul alHukm. ‘Ali ‘Abd al-Raziq dengan tegas menolak kewujudan sistem politik atau
pemerintahan Islam. Pegangan beliau ini akhirnya menyebabkan Majlis Tertinggi
Ulama al-Azhar yang diketuai oleh Syaikh Muhammad Abi al-Fadhl, Syaikh alAzhar ketika itu dan dihadiri oleh 24 ulama senior al-Azhar, memutuskan
pemecatan ‘Ali ‘Abd al-Raziq daripada keanggotaan di Majlis Tertinggi Ulama alAzhar dan menarik balik seluruh ijazah yang pernah diterimanya selain

hukuman-hukuman lain.
Pemikiran RPK juga amat sarat dengan bahan-bahan rujukan para orientalis
Barat. Jika tidak masakan beliau tergamak mengatakan bahawa syariat yang
dibawa oleh Nabi SAW hanyalah merupakan undang-undang kuno yang telah
diperkenalkan oleh kaum Quraisy di zamannya. RPK mengungkapkan,
“Muhammad was of the Quraysh clan, the most powerful clan in Makah, and
tribal laws were the order of the day. These laws were mostly based on the

concept of retribution; an eye for an eye.” Kenyataan ini secara jelas menafikan

ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut tentang hukum hudud dan qisas

sebagaimana yang disampaikan oleh Nabi SAW. Apakah ayat-ayat hudud dan

qisas itu suatu pembohongan menurut fahaman RPK?

Kesimpulan
Amat mendukacitakan, individu seperti RPK menulis hanya bersandarkan bahanbahan rujukan yang rapuh. Buku-buku orientalis dan bahan bacaan internet
seperti wikipedia mentah yang tidak dikritisi dan ditapis menjadi rujukan utama
beliau. Apa yang lebih membimbangkan ideologi civil society ala demokrasi
liberal Barat anutan RPK, bakal menjadi medium baru untuk melebarkan faham
keagamaan yang tidak berdisiplin dan tanpa sempadan.
Sekilas pandang, pemuka-pemuka liberal-sekular ini dilihat amat menjiwai watak
sebagai pemain-pemain yang berjuang bagi menegakkan demokrasi tulin.
Namun kita jangan alpa, ideologi sebegini bakal menandingi faham politik
berteraskan Melayu-Islam yang telah sekian lama membentuk polisi

perlembagaan dan pemerintahan negara. Ideologi pengabsahan ini tercerna
melalui prinsip Islam sebagai agama persekutuan dan keistimewaan Melayu.
Oleh itu, dalam kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi kini, amat wajar
artikel-artikel seumpama ini disekat dan dihalang sama sekali demi memelihara
aqidah dan syariat Islam terus terpelihara. Sekian.
Artikel: Mohd Rasull

Followers