Pentas Hidup: Hafiz tumbuk pengkid kerana Adira?

Hafiz tumbuk pengkid kerana Adira?

http://www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2011/05/hafiz-adira.jpg

Aku hairan jugak kat artis nie, kenapa nak tumbuk pengkid tu, atau saja nak tunjuk kuat walau maca mana pun dia orang tetap perempuan .. kalau nak tumbuk , tumbuk la lelaki.. ni aku ciplok kat BH

Juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz, yang dikatakan naik berang disebabkan perempuan. Siapa lagi perempuan itu kalau bukan kekasih hatinya, Adira.

Daripada cerita yang disampaikan teman-teman, Hafiz naik hantu disebabkan pengkid yang pernah dikaitkan dengan Adira. Cik Normah kurang pasti apa yang membuatkan si Hafiz jadi begitu geram sehingga dia dikatakan bertindak menumbuk pengkid berkenaan.
Gara-gara tindakan luar sedarnya itu, si pengkid terbabit terkehel kakinya sampai tidak boleh meneruskan kerjanya. Amboi, walaupun tubuh badan tak besar mana, tetapi disebabkan sudah hilang sabar, apa saja boleh terjadi.
Biasalah orang muda, darahnya agak panas, memang pantang diusik sikit meletuplah jawabnya. Cuma Cik Normah kurang berkenan apabila si Hafiz bertindak kasar pada pengkid berkenaan. Cik Normah bukannya nak menyebelahi sesiapa, cuma Cik Normah kasihan, bak kata pepatah, kerana mulut badan yang binasa.

Si pengkid itu walau macam mana pun tetap perempuan. Tak banyak, sikit sifat kewanitaan sebagai kaum yang lemah masih ada. Jadi, tindakan Hafiz bergasak dengan pengkid berkenaan pada pandangan Cik Normah adalah tindakan orang pendek akal.

Kalau iya pun berasa tercabar, mungkin banyak cara yang boleh dilakukan. Tak baik memperlakukan kaum yang lemah sebegitu rupa. Cubalah bawa berbincang secara baik. Bila perkara begini berlaku, reputasi siapa yang terjejas? Sudah tentulah reputasi Hafiz sebab dia bertatus selebriti.

Cik Normah turut diberitahu, gara-gara kejadian itu juga, nama beberapa teman media yang berada dalam senarai Blackberry Hafiz dipadamkan. Tidak pasti pula Cik Normah apa alasannya... Mungkin agaknya dia tidak mahu orang media mengganggu hidupnya.

Followers