Pentas Hidup: May 2011

Salma Juara Mentor 5 2011


















Setelah bermain denagn teka -teki akhirnya Salma adalah Juara Mentor
Musim ke 5 , Salma dengan markah sebanyak
85, berjaya mengondol Rm100,000.00 dan membawa balik sebuah kereta.
Dan tak lupa juga Erra sebagai Mentor Salma juga telah meraih Rm 100,000.00.

Akhir Jawapan siapakah Juara Mentor terjawab juga...

Peminat amat berpuas hati dengan Juara Mentor yang memihak pada salma,
meskipun Juri awam memberi 16 markah, tapi undian SMS peminat Salma telah menyebelahi Salma dengan kutipan markah tertinggi daripada protege lain.
Hasil penilaian peminat Salma akhirnya menjadi Juara Mentor ,
Kemenangan yang di miliki Salma amat setimpal dengan kemantapan Vokal dan persembahan Salma.
Tempat kedua dimenangi oleh Shiha dengan jumlah markah 63.Shiha membawa pulang RM30,000 dan sebuah Vespa
Tempat ketiga dimenangi oleh iQa.Walaupun mendapat markah penuh daripada juri awam sebanyak 20 markah. dan keseluruhan hanya 56 markah dan mendapat sebanyak Rm10,000

Lagu Listen dinyanyikan oleh Salma adalah di atas permintaan para peminat, akhirnya Salma menunaikan membawa lagu yang bernada tinggi itu yang di bawa penyanyi asal sebenar Beyonce Knowles.
Lagu Yang membuat peminat terpaku. Dengan kemantapan suara salma.
Dan Tak kurang hebatnya Lagu duet bersama Jaclyn Victor dan Lagu Baru Salma
Aku Permata,

Salma 21, dari Tawau Sabah akan memeriahkan industri Muzik Malaysia, satu lagi bakat besar
dan Bintang yang akan menyinari Industri Malaysia.
Syabas Erra Kerana Juara Mentor hakmilik mutlak Salma tahun ini.

Erra rasa gugup, ( Mentor 5 )

,


LAYAK ke peringkat separuh akhir rancangan realiti TV pencarian bakat Mentor musim kelima (Mentor 5) dengan markah 307 mata, Salma A Asis atau Salma, 21, dan mentornya, Erra Fazira berada pada kedudukan selesa.ini kerana Salma meninggalkan jauh saingannya, Shiha protege Datuk Sharifah Aini dengan 252 mata, Ratnah (Afdlin Shauki) dengan 215 mata dan Iqa (Edry Abdul Halim) dengan 237 mata. Apatah lagi ketika persaingan peringkat separuh akhir bermula minggu lalu, Salma mula menunjukkan perubahan dari sudut lontaran vokal bernada rendah yang sering dikatakan pengkritik tetap Mentor 5, Datuk Ramli MS sebelum ini.


Bagaimanapun sewaktu ditemui di Studio Akar Karya, Damansara sewaktu Salma mengikuti sesi latihan, Erra menjelaskan dia tidak pernah berasa Salma berada di kedudukan selesa.


Malah, Erra mengakui berasa sedikit tertekan dengan harapan tinggi yang diletakkan penonton setia terhadap protegenya itu.


“Saya tidak berani untuk menyatakan markah tinggi diperoleh Salma dan sokongan penuh diterima daripada penonton setia Mentor 5, membuatkan kami yakin akan muncul juara untuk musim ini.

“Kalau kita lihat kepada sejarah rancangan ini pada musim terdahulu, ada peserta yang menjadi perhatian pering�kat awal tewas pada konsert akhir,” katanya.

Persaingan dalam Mentor 5 juga jelas Erra, sudah berubah kerana ada beberapa mentor terbabit sudah mula mengubah strategi dengan menampilkan persembahan berbeza dan tidak kurang menariknya setiap minggu.

“Kalau kita lihat ada antara Mentor terbabit menyiapkan anak buah mereka dengan corak persembahan ‘ekstravaganza.’ Malah, pada minggu-minggu awal mereka sudah tampil hebat dengan pelbagai gimik.

“Itu antara strategi ditampilkan mereka sehinggakan saya kadang-kadang terfikir juga mereka tidak kehabisan idea ke? Kalau layak ke peringkat akhir, agaknya bagaimana hebatnya persembahan bakal ditampilkan,” katanya.

Tanpa berselindung jelas Erra, dia berasa gugup dengan perkembangan itu dan menyebabkan dia sentiasa meng�ingatkan Salma agar terus memantapkan persembahan.

“Berbeza dengan saya dan Salma, setakat ini kami tidak mempunyai apa-apa strategi selain memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persembahan dan kemampuan vokal.

“Bagaimanapun, untuk peringkat separuh akhir ini, kami perlu melakukan sesuatu. Saya sendiri selaku Mentor, harus memikirkan beberapa gimik menarik yang boleh menarik perhatian penonton.

“Perkara terbabit penting sekarang ini kerana itu jugalah yang ditampilkan mentor lain,” katanya.

Perkembangan membabitkan corak persembahan menarik ditampilkan pesaing yang ada menyebabkan Erra secara peribadi tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi dan pada masa sama memastikan persembahan Salma setiap minggu mampu meletakkan dirinya dalam keadaan selamat.

“Perkara ini juga saya perjelaskan kepada Salma. Andai salah percaturan, seperti persembahan ditampilkan kurang memberangsangkan atau tersalah teknik, kami boleh tersungkur,” katanya.

Waktu sama, Erra turut akui cabarannya selaku mentor semakin besar sebaik berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir terutama dalam memperbaiki kelemahan dari sudut persembahan.

Selaku pendidik kepada Salma, pelakon dan penyanyi popular itu tahu akan kelemahan peserta berasal dari Tawau, Sabah itu.

“Tidak dinafikan Salma mempunyai kekuatan dari sudut vokal kerana sudah biasa mendendangkan lagu bernada tinggi. Masalah penyampaian vokal nada rendah itu boleh diperbaiki, cuma apa yang merisaukan saya sekarang ini adalah penghayatan Salma terhadap lagu didendangkan.

“Perkara itu yang harus diberikan lebih suntikan. Selain itu, sebutan patah lagu atau lirik juga kadangkala masih keras. Ini disebabkan dialek Sabah Salma masih pekat,” katanya yang turut menyediakan tenaga pengajar vokal untuk Salma.


‘Saya harus kerja keras’
- Salma


SALMA pernah memberikan kenyataan bahawa di tempat kelahirannya di Tawau, Sabah, sekiranya dia menyertai pertandingan nyanyian, pasti ramai yang tidak mahu turut serta dengan alasan sudah tahu siapa pemenangnya.

Perkembangan itu membuatkan Salma berasa selesa, apatah lagi ibu tunggal kepada seorang anak ini juga sering menjadikan pertandingan nyanyian sebagai sumber untuk menambahkan pendapatan, selain bekerja secara tetap sebagai kerani sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas bersaing hampir dua bulan dalam Mentor 5, segalanya sudah berubah. Paling nyata bagi Salma, segala yang dilalui tidak mudah. Ia menyedarkan dirinya hendak menjadi pe�nyanyi ternama memerlukan pengorbanan begitu besar. Memiliki suara baik juga tidak mencukupi. Banyak lagi perkara yang perlu di pelajari.

“Banyak kejutan yang harus saya hadapi. Paling utama, apabila latar belakang saya dan keluarga turut menjadi perhatian sehinggakan saya bergelar ibu tunggal pun mereka tahu.

“Bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tidak perlulah perkara itu diberikan perhatian sehingga mengaburi pembabitan saya dalam Mentor 5. Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya,” katanya.

Menjelaskan soal kemena�ngan, kata Salma, sudah tentu dia mengharapkan menang tetapi persaingan sangat sengit. Apatah lagi peserta lain yang layak ke peringkat separuh akhir juga mempunyai kelebihan masing-masing.

“Antara kelemahan saya adalah apabila hendak bercakap. Perkara itu saya rasa paling utama untuk diperbaiki. Sekarang saya sedang berusaha untuk bercakap dalam bahasa Melayu baku. Bagi memudahkan orang memahami apa yang saya katakan di samping membantu saya untuk menyebut patah lirik lagu dengan baik,” katanya.

Menjelaskan mengenai mentornya, kata Salma, dia berasa bertuah apabila berada di bawah tunjuk ajar Erra.

Malah, banyak yang dicurah�kan, bukan saja dari sudut ilmu tetapi juga wang ringgit.

Penyanyi yang berjaya memenangi hati penonton menerusi lagu Listen ketika konsert pertama Mentor 5, berasa terharu dengan peluang diberikan.

“Orang kata Erra garang, tetapi setakat ini dia tidak pernah marah dengan Salma. Cuma waktu awal-awal bertemu Erra, sudah menjelaskan semua perkara. Apa yang dia suka dan apa yang tidak. Paling utama, Erra tidak mahu saya mensia-siakan peluang yang datang.

“Saya harus serius sekiranya ini yang saya mahukan dan paling penting kerja keras kerana pesan Erra pada saya, rezeki tidak datang bergolek,” katanya.

Ahad ini, menjadi detik penentu kepada nasib mereka apabila diumumkan penyingkiran untuk layak ke final pada 29 Mei ini, sekali gus bergelar juara.

Followers