Pentas Hidup: Perkahwinan Diraja Prince william dan Kate Middleton

Perkahwinan Diraja Prince william dan Kate Middleton

http://1.bp.blogspot.com/_OLfBlPb-Axk/TOKexMU66sI/AAAAAAAAF84/aok0LxI4NXc/s320/Oval+Blue+Sapphire+Diamond+Border+Ring+for+Princess+Diana_thumb%255B6%255D.jpg
Royal Wedding Prince William Kate Middleton
Cincin Milik Mendiang Lady Diana
Menjadi Milik Kate Middleton

http://www.ohthescandal.com/wp-content/uploads/2011/03/prince-william-kate-middlet.jpg


http://www.nst.com.my/articles/Showbiz_GettingpersonalwithWillandKate/single


Siaran Langsung Perkahwinan Diraja di ntv7

Masanya telah tiba untuk Westminster Abbey meraikan ikatan cinta agung dua ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton. Sejarah bakal dilakar dengan perkahwinan antara putera raja Britain dan kekasihnya yang akan berlangsung pada 29hb April.

Rakyat Malaysia juga berpeluang berkongsi detik bersejarah ini kerana hanya ntv7 saluran televisyen percuma yang bakal menyiarkannya secara langsung! Tontonilah The Royal Wedding Coverage of HRH Prince William and Kate Middleton pada 29hb April jam 3.00 petang hingga 8.30 malam, yang menampilkan laporan eksklusif oleh krew ntv7 di London, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

Lintas langsung majlis ini akan disiarkan di berita ntv7 dalam ketiga-tiga bahasa – Edisi 7, 7 Edition dan Mandarin 7, bermula 22hb April dengan laporan terkini persiapan majlis perkahwinan ini.


Satu-satunya stesen TV tempatan percuma yang akan menyiarkan majlis gilang-gemilang ini, krew ntv7 akan ditempatkan di British Academy untuk mendapatkan gambaran jelas perkahwinan ini ketika siaran langsungnya pada 29hb April nanti.

“Monarki British merupakan salah satu kerajaan di dunia yang paling diminati ramai, dan kami amatlah teruja berpeluang melibatkan diri dalam majlis DiRaja terbesar Britain, dengan menyiarkan majlis perkahwinan ini secara langsung di ntv7,” kata Azlinda Salim, penerbit dan penyampai berita bahasa Melayu ntv7, Edisi 7, yang diantara krew ntv7 ke London. Kami telah pun membuat segala persiapan yang diperlukan untuk memastikan aspek teknikal bagi lintas langsung ini berjalan lancar; saat-saat untuk menyiarkan detik eksklusif majlis Perkahwinan DiRaja ini khas untuk penonton kami amatlah dinantikan,” tambah Azleena Najri, penerbit dan penyampai berita bahasa Inggeris ntv7, 7 Edition.

Bersama Azlinda dan Azleena ialah Lee Siad Huey, penyampai berita yang akan membawakan lintas langsung acara ini kepada penonton berita Mandarin saluran ini, beserta lima lagi krew yang lain. Ketiga-tiga penyampai berita ini akan menemuramah mereka yang berkaitan dengan perkahwinan ini, selain memberikan kupasan majlis yang bakal memukau seluruh dunia ini kepada penonton ntv7.


Saluran Ceria Anda juga akan menampilkan ulasan ekslusif oleh penyampai ternama dari BBC News, Huw Edwards. Wartawan dan penyampai berita BBC News at Ten dari Wales yang pernah memenangi anugerah BAFTA ini akan memberi ulasan menarik di majlis perkahwinan itu nanti, selain temuramah eksklusif dengan teman rapat pasangan dan keluarga DiRaja tersebut. Tetamu yang akan ditemuramah di studio BBC termasuklah sejarawan DiRaja, pakar fesyen, dan hadirin yang dijemput ke majlis terkemuka ini.

Tiga jam sebelum berlangsungnya perkahwinan ini, Edwards akan mengupas keadaan yang berlaku di sekitar istana, selain melaporkan keterujaan dan semangat mereka di sekitar Central London dan kawasan utama lain seperti St. Andrews dan kampung halaman Kate di Bucklebury.

Perarakan perkahwinan ini akan diikuti dari mula hinggalah acaranya berakhir di Buckingham Palace. Edwards juga akan mengulas tentang impak majlis gilang-gemilang ini terhadap seluruh dunia.

Rancangan ini juga merakamkan detik bermakna ketika pengantin DiRaja ini membuat kemunculan di serambi istana bersama ahli Keluarga DiRaja yang paling rapat.

Sorotan lain
Sebelum ini, rancangan mingguan ntv7 Special Royal Documentaries yang keudara setiap Selasa jam 8.30 malam telah mengupas tentang percintaan pasangan DiRaja ini. Pada hari perkahwinan nanti, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show, akan membawakan edisi khas kepada penontonnya, iaitu Royal Wedding Edition, yang menampilkan tentang latar belakang perkahwinan dari sudut lain serta hubungan cinta agung ini – dari tempat majlis berlangsung, cincin yang menjadi ikatan, persalinan pengantin, hinggalah pendapat orang ramai tentang penyatuan ini. Edisi Khas The Breakfast Show pastinya akan mengujakan anda pada pagi Jumaat 29hb April nanti.

Majlis perkahwinan DiRaja yang menghidupkan fantasi dalam realiti ini pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan sepanjang abad ini. Saksikanlah sejarah yang bakal dilakar SECARA LANGSUNG pada 29hb April 2011, jam 3.00 petang hingga 8.30 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Perkahwinan DiRaja ini juga akan diulang tayang di Catch Up TV melalui To

Followers