Pentas Hidup: Kiamat 2012 atau Bencana Besar

Kiamat 2012 atau Bencana Besar

http://macedoniaonline.eu/images/nibiru.jpg


http://planetxnibiru2012.info/images/nibiru2012-top.bmp
Sistem solar di ceroboh menyebabkan terputusnya satelit.


http://www.satansrapture.com/nibiru.jpg



Kita sering mendengar bencana alam dari TV, suratkhabar
dan Internet.Apakah kita dapat meramalkan kiamat akan
akan hampir pada kita, Dan pada 2004 Tsunami telah
melanggar Aceh, Haiti juga di landa gempar bumi dan baru-baru ini tahun 2011 Jepun juga
mengalami perkara yang sama, dan banyak lagi tempat yang telah berlaku bencana alam.
Adakah kita menafikan kan juga ramalan saintis, seminggu
sebelum Jepun di langgar Tsunami Saintis telah memberi
amaran akan berlaku bencana alam.
Adakah Kiamat semakin hampir pada bumi kita
kiamat itu alam misteri yang kita tidak tahu bilakah
akan berlaku.

Kajian saintis mengena Planet nibiru atau di kenali planet X.
Planet yang ke12 sudah dikaji oleh banyak orang termasuk
pakar sejarah sumeria dan juga para astronomer
mendedahkan kajian mereka sebelum ini. apa yang mengejutkan ialah planet nibiru atau planet x ini mengelilingi matahari dan 'menceroboh' sistem solar bumi.. ia dikatakan berlaku dalam 3,600 tahun utk melengkapkan satu pusingan orbit dan sepanjang perjalanan itu akan bertembung planet² berdekatan bumi.. boleh baca dgn lanjut asal usul nibiru dan apa kata
astronomer.. Dalam perkiraan matematik, fenomena planet nibiru atau digelar planet X bakal berlaku pada tahun 2012.perkiraan kesannya pada bumi ialah berlakunya cuaca,iklim bertambah buruk, taufan, tsunami dan gempa bumi,gunung berapi berpanjangan menyebabkan banyak hasil tanaman tak menjadi dan mungkin berlakunya kebuluran.. berkemungkinan akan menyebabkan bala bencana yang menyeluruh pada bumi.

Peringatan agar kita Berpeganglah pada kitab

Dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan
hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan
mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa
datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)
Tarikh berlaku kiamat adalah termasuk dalam
perkara-perkara ghaib. Perkara ghaib, Allah sahaja yang
mengetahuinya dan tidak diberitahu sesiapapun melainkan
kepada Rasul pilihan-Nya sahaja.

Firman Allah (mafhumnya): “Tuhanlah sahaja yang
mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu
perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun.
“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya
(untuk mengetahui sebahagian daripada perkara ghaib yang
berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak
melakukan yang demikian) maka Dia mengadakan di hadapan
dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga
dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat
sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn, ayat

26-27)

Namun demikian, Nabi Muhammad s.a.w. pun tidak
mengetahui bilakah kiamat. Bukan sahaja Rasulullah,
malah malaikat Jibril a.s. pun tidak mengetahuinya.
Dalam Sahih Muslim, diperturunkan hadis riwayat Umar
al-Khattab, mengkisahkan perihal Jibril menghadap Nabi
Muhammad s.a.w. bertanyakan bilakah kiamat akan berlaku,
maka baginda menjawab: “Yang ditanya tidak akan lebih
tahu daripada yang bertanya.”
Maksud kata baginda ialah, makhluk yang paling amanah
daripada kalangan penghuni langit, seperti Jibril yang
paling dekat dengan Allah, menjadi utusan Allah kepada
para Anbiya, khususnya Muhammad s.a.w. pun tidak
mengetahui bila kiamat sehingga bertanya kepada Nabi s.a.w.
Kedua-dua makhluk yang paling rapat dengan Allah, tidak
tahu tarikh kiamat, maka apakah logiknya yang boleh
diterima akal, orang lain dari mereka berdua, khususnya
saintis yang kafir hari ini, boleh mengetahui tarikh
kiamat dan disebarkan kepada umum seperti yang anda
tanyakan kepada saya sekarang.

Dalam hadis Ibnu Umar yang disahihkan oleh Imam
al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):
“Anak-anak kunci (rahsia) perkara ghaib ada lima
perkara, tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja.”
Rasulullah membaca ayat al-Quranul karim (mafhumnya):
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat
tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan
hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya
tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung).

Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang
akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan
tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri
manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah

Luqman, ayat 34)

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, ketika membuat tafsiran
ayat di atas disebutkan:
“Itulah perkara-perkara ghaib yang menjadi anak kunci
rahsia yang diketahui oleh Allah SWT sahaja. Maka tidak
diberitahu kepada sesiapa pun hatta kepada Rasul yang
diutus, atau kepada malaikat yang muqarrab (hampir) kepada Allah SWT.”
Jika inilah keadaannya, maka mana mungkin orang kafir
boleh meramal atau menetapkan tarikh kiamat.
Wallahua’lam


Dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan
hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan
mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa
datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)
Berimanlah dengan ayat Al-Quran....hari kiamat pasti
akan datang, mati juga pasti menjemput...x perlulah nak
menjangka waktunya cukuplah apa yang diberitahu
Rasulullah S.A.W tentang tanda-tanda kecil dan besar.
Apa yang penting kalau sebentar lagi ajal kita tiba, apa
bekal kita untuk memasuki syurga Allah dan menjauhkan
diri dari azab yang pedih. wassalam

Ketahul lebih lanjut klik sini

Followers