Pentas Hidup: Kakak pergi untuk selamanya..

Kakak pergi untuk selamanya..

http://mynewshub.my/bm/files/2011/03/bomoh.jpg
Masih teringat lagi Saat-saat hiba ini, masih terbayang
dan terasa dalam sudut hati ini.Aku ingin berkongsi
kepada anda semua bahawa sakit perbuatan orang amat
seksa di tanggung dan satu dosa besar disisi agama
islam.
Inilah yang berlaku pada allahyarhamah kakak ku.
Diharap anda sudilah sedekahkan Al -Fatihah pada
allahyarhamah Dayang Samsudin.

Cerita ini berlaku pada tahun 2003, seawal tahun 2003,
Kakak telah mula berubah kepada sakit-sakit dan pengsan.
Dia telah di bawa oleh suami nya ke Hospital Besar untuk
pemeriksaan, Doktor mengesahkan dia tidak menghidap
apa-apa penyakit. setelah di periksa berulang-ulang kali
penyakit Dia masih juga tidak dapat dikesan.
Sebalik nya doktor menyuruh kakak balik sahaja kerumah
kerna tiada menghidap apa-apa penyakit.
Penyakit kakak datang lagi kali ini seluruh badannya
menbengkak dan berasa sesak nafas,hingga terpaksa
memanggil mak untuk tinggal kerumah nya.
kakak menghubungi telefon bimbitku,Dengan suara yang
hampir menangis kerana menahan sakit yang amat sangat supaya mak datang kerumahnya.
Akhir kami sekeluarga membuat keputusan mencari bomoh yang arif mengenal hal ini untuk mengubati penyakit kakak.
Setelah di ubat penyakit kakak masih juga tidak dapat
sembuh sebalik, setiap malam jumaat badan nya membengkak dan sesak nafas.
Bomoh juga memberitahu ia mungkin perbuatan orang.
Akhir kakak masuk lagi kerumah sakit, Doktor menambah air kedalam tubuh kakak berapa banyak jumlah air saya pun tidak ingat lagi.
Saya berdiri di sebelah katil kakak dan memdengar doktor sedang memyoal pemakanan dan apa-apa lagi.. ternyata
doktor pun pening kepala memikir penyakit yang tidak di ketahui puncanya.
Ikhtiar untuk mencari bomoh belum terpadam,Setahu aku bomoh menyatakan patung di buat menyerupai kakak telah di tanam di dalam tanah, ini lah yang membuat
badan nya membengkak, dan pada waktu siang badan kembali seperti biasa.
Anak lelaki yang di impikan selama ini berumur 1 tahun amat di sayanginya silih berganti telah di jaga orang lain .Sebelum ini kakak dan suaminya memang menginginkan anak lelaki, ternyata tuhan mengurniakan nya anak lelaki setelah hampir setahun kakak terus menghidap penyakit misteri ini.
Pada malam jumaat saya bermimpi kakak nazak dan
roh nya telah tercabut dan melayang ke atas, saya terkejut dari tidur lalu melihat jam di tangan tepat pukul 3 pagi.

Esok paginya saya terangkan pada mak , tapi mak meandaikan kakak akan baik, itu hanyalah mainan mimpi.Hari itu saya balikkerja waktu petang terkejut juga kerana kakak
sudah balik dari hospital, betapa riang nya hati abang ipar yng sentiasa tersenyum, melihat kakak ada di rumah. selama ini wajahnya sayu dan resah. Tapi hari itu abang ipar memang nampak gembira.
Tapi kakak minta izin Doktor untuk balik kerumah kerana risaukan mak di rumah yang sakit kerna demam. Tapi mak hanya demam biasa.
Ahad itu saya terasa malas aku nak pergi kerjahari itu kami memang ada kerja overtime, Kakak sudah mula melenting melihat aku tidak pergi kerja, mak pun diam saja mendengar kakak melenting. Kakak memang nampak sihat. Dan tidak nampak tanda-tanda dia akan pergi meninggal kan kami selamanya. Aku pun tidak fikir banyak
pergi saja kerja. Malam itu aku balik pukul 10 malam,Gelas aku yang bawa pecah dari tangan , dan sirap orentertumpah.. aku lapkan saja dan mengutip kaca-kaca yang
pecah mungkin itulah tanda-tanda yang berlaku atau satu kebetulan Sampai di rumah mak, anak saudara ku dan anak saudara sebelah abang ipar aku saja di rumah. Mak bagitau kakak masuk hospital lagi petang itu.
Aku terdiam, tanpa memikirkan panjang aku baring di kerusi panjang dan terus terlelap. Dan deringan telefon telah mengejutkan kan aku pagi itu. Abang ipar ku menelefon aku supaya menghubungi
semua sanak saudara. Tapi abang ipar tidak memberitahu kakak ku sudah meninggal Dunia. Itulah yang aku kesal dengan abang iparku. Aku memberitahu ibu ku mengenai ini. Dan abang ipar ku menelefon sekali lagi agar aku pergi ke hospital terus
ke unit ICU.
Aku terus mengambil helmet dan kunci terus memecut ke hospital pagi itu. Sampai ke hospital, aku memberitahu Jururawat nama pesakit , ternyata jururawat memberitahu
pesakit telah di pindah ke tingkat enam . aku berlari-lari ke lif dan turun kat tingkat bawah, untuk naik ke atas melalui pintu utama hospital di depan.
Aku terlihat abang ku bersama pegawai bertugas, Abang memberitahu kakak ku telah tiada lagi.

Ya allah, tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itubagaikan tercabut nyawaku.
Kau maha mengetahui ya allah.. Sesungguhnya ajal nya sampai di sini Aku berlari sekuat yang mungkin menuju ke motor ku ..
aku memecut laju balik kerumah untuk memberitahu mak ku. Aku tidak sempat lagi naik keatas kerana tidak sanggup menatap jenazahnya.
Aku melihat mak ku duduk di tikar sembahyang sambil berzikir dan berdoa.
aku memberitahu mak, kakak dah tiada lagidi dunia.
Mak terkejut dan menangis tapi anaknya separuh terkejut dan keliru mungkin belum mengerti lagi.
Jiran telah mula mengerumun di rumah...Kakak telah pergi meninggal kan kami dengan wajah yangtersenyum dan mata yang sedikit terbuka, Dengan tangan membawa tahiyat..
sesungguhnya kakak memang seorang yang mentaati suaminya dan ibuku.
Semoga roh nya di tempat orang-orang yang di kasihinya.
Andai benar ini perbuatan manusia .. kau ampunilah dosa
orang yang menganiayai nya..
Sebelum meninggal kakak pernah berpesan, supaya anak-anak nya didik hingga mampu memegang segulung ijazah..
Walau hati ini masih hiba.. kerana kakak amat baik kepadaku.. hanya dia lah kakak yang ambil berat mengenai aku..
Setiap kali berputar Lagu Kau Pergi Jua dendangan Adam Ahmad mengingatkan aku pada arwah kakak ku kerana itulah lagu kegemaranya.

Followers