Pentas Hidup: Firaun Lambang Taghut Angkuh dan Sombong

Firaun Lambang Taghut Angkuh dan Sombong

http://4.bp.blogspot.com/_huhLt_fuh2o/TRBSWiPVVFI/AAAAAAAABlA/qeSJsKoUz0A/s1600/Firaun.jpg


http://1.bp.blogspot.com/_W7FWXn6DyJ0/SgGQqihTQfI/AAAAAAAAAtc/o_XksFDRGM0/s320/ramses2mummy.png



Pemerintah bumi Mesir yang suatu ketika dahulu sombong dan angkuh, dengan mengaku dirinya adalah Tuhan yang wajib di sembah oleh sekalian rakyatnya.
Ironinya takdir Allah telah menentukan bahawa Nabi Musa a.s di besar dan di pelihara di dalam istana Firaun sendiri oleh isterinya yang bernama Asiah r.anha.
Dakwah Nabi Musa yang menyeru Firaun menerima islam dengan menyembah Allah telah menimbulkan pertentangan sengit antara anak beranak angkat ini.
Hingga akhirnya Firaun memburu Nabi Musa untuk di bunuh. Bagi Firaun Nabi Musa perlu di hapuskan sebelum Nabi Musa menghapuskannya.
Dia memburu Nabi Musa hingga kelaut Merah. Firaun menyangka bahawa dia dapat menangkap Musa yang terperangkap dengan Lautan Luas di hadapannya.
Tapi dengan kuasa Allah Yang Maha Hebat dan dengan perintah Allah kepada Nabi Musa a,s agar mengangkat tongkatnya dan hentakkan dibumi untuk membelah lautan di mana waktu itu Nabi Musa yang sedang di kejar oleh Firaun dan tenteranya menemui jalan buntu melarikan diri.
Dan ketika Nabi Musa dan pengikutnya melalui Laut Merah yang terbelah dari izin dan kuasa Allah yang tiada tandingannya hingga baginda sampai di seberang tanpa sebarang masalah.
Tapi dalam perjalanana Firaun dan askarnya merentasi lautan yang terbelah itu, mereka merasa kagum dan gementar melihat seakan-akan ada kuasa yang membantu Nabi Musa.
Akhirnya Firaun yang nyawanya berada di hujung tanduk berkata, " Jika benar inilah kuasa Tuhan Musa, aku sanggup untuk menyembahnya dan bertaubat kepada Tuhannya,
Tapi kenyataan Firaun telah terlambat. Ketika terbentang di hadapannya bayangan Maut yang sangat mengerikan, baru dia mahu bertaubat.
Setelah menyedari betapa dia tidak akan terlepas lagi dari pembalasan TuhanMusa, baru dia menyedari betapa hebat kuasa dan maha berkuasa nya Allah.
Sedangkan Firaun yang angkuh dan sombong itu sebelum ini dengan bangganya mengistiharkan dirinya sebagai Tuhan.
Sememangnyalah dengan segala kekufuran dan kesesatan yang di paksakannya kepada rakyatnya. Firaun layak mendapat pembalasan yang setimpal agar menjadi teladan dan iktibar kepada semua manusai di dunia ini.
Sebagai pengajaran kepada semua umat manusia, Allah telah menjamin bahawa mayat Firaun tidak akan reput untuk disaksikan oleh manusia di kemudian hari.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi kita semua kejalan yang benar dan di redhai.

Followers