Pentas Hidup: Best sangat ke Justin Biebier

Best sangat ke Justin Biebier

Justin 17, yang di katakan besar kepala mungkin merasa diri popular dan
dan mempunyai banyak peminat malah lagu Baby, menaikan populariti nya
sebagai peminat sanjungan remaja masa kini.

Di KLIA ketibaan Justin Biebier di sambut para media dan peminat,
malah Justin tidak mahu muncul jika para juru gambar masih menunggu
untuk mengambil gambarnya bersama kekasihnya Salena Gomez yang ikut sekali
bersama rombongan Justin Biebier

Laporan mangga,
Boleh macam itu? Inilah sebenarnya gaya penyanyi luar negara yang selalu
orang kita agung-agungkan. Walaupun sering diperlekehkan, tetap tak
reti-reti nak serik. Sementelah penganjur juga sanggup ambil risiko kerana
memikirkan jualan tiket yang menguntungkan.

Peminat yang sejak pukul 5.00 petang lagi berbaris mahu masuk yang mula
marah-marah dan menjerit memanggil nama penyanyi itu untuk segera tampil
di atas pentas bila dah dekat jam 9.00 malam shownya belum bermula.

Mereka pastilah panas, kerana menunggu sejak awal, tapi pintu hanya
dibuka pada waktu yang ditetapkan. Mereka juga perlu berhujan dalam barisan.
Bayar tiket bukannya murah.

Bagi Kita, satu saja ayat yang nak Kita cakap.
Padan muka pemuja Justin Bieber ni.
Mereka puja sangat sampai sanggup berhujan dan berpanas.
Kalau artis terbaik Malaysia buat persembahan mereka tak layan sangat.
Tak ada kelas kata mereka.

Persembahan Bieber bukanlah hebat mana pun. Alaa...
show budak baru naik yang tiba-tiba popular.
Apalah sangat yang nak dijangkakan. Hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi
sajalah.
Vokalnya pun bukanlah hebat sangat sekadar boleh menyanyi saja.

Budak tu baru ada sebuah album dan memiliki beberapa buah lagu popular.
Lagu-lagu itu sahajalah yang dipersembahkannya.
Kiranya tak rugilah bagi yang tidak ambil kesempatan menontonnya.

Penyanyi berasal dari Kanada itu mengadakan tour dalam masa filem berkonsep
bio lakonannya, Never Say Never ditayangkan. Agaknya dia turut mahu
mempromosikan filem tersebut dalam masa yang sama

Followers