Pentas Hidup: Album Tragedy Gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol

Album Tragedy Gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol

Filem arahan Karan Johar, pengarah tersohor ini amat dinanti-nantikan peminat Datuk Shah Rukh Khan setelah sekian lama menyepi. Filem epik romantis ini pastinya akan mengembalikan nostalgia lama apabila Shah Rukh akan bergandingan dengan Kajol, salah satu heroin yang kerap digandingkannya semasa zaman kegemilangan filem Bollywood.


Seperti biasa, filem lakonan Shah Rukh pastinya akan menyelitkan irama merdu yang mengalun perasaan. Sehubungan dengan itu, Sony Music Entertainment mengeluarkan album runut bunyi filem ini yang mula berada di pasaran pada 12 Januari 2010. Shankar - Ehsaan - Loy, gabungan trio termasyhur telah menghasilkan lima buah lagu baru yang dicipta khas untuk filem ini.

Album ini turut menampilkan tiga vokalis terhebat India, Rahat Fateh Ali Khan, Shafqat Amanat Ali dan Adnan Sami bersama alunan muzik menyentuh perasaan.

Bonus untuk penggemar filem arahan Karan Johar, album ini memuatkan empat buah lagu daripada filem Kuch Kuch Hota Hai, Suraj Hua Maddham, Kal Ho Naa Ho dan Kabhi Alvida Naa Kehna.

Bagi peminat Shah Rukh, dapatkan album ini dengan harga RM31.90 di kedai muzik berhampiran.

Followers