Pentas Hidup: 10 Fakta Menarik Tentang Darah

10 Fakta Menarik Tentang Darah

- Ketika di lahirkan hanya ada secawan darah saja dalam tubuh kita.

-Darah membentuk tujuh peratus dari berat badan Manusia.

-Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari , menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk kedalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil ( yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih yang mati selepas membunuh kuman.

- Satu pain darah yang anda dermakan cukup menyelamatkan tiga nyawa.

-Susu lembu di campur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat masai di Afrika.

-Orang Moche ( Peru ), Scthia ( Greek ) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

-Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seseorang manusia lain.

-Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seseorang lelaki manakala perempuan , 3.8 hingga 5.7 liter.

-Pada 1928, William Harvey ( 1578-1657 ) dari Universiti Cambridge telah diistiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey.

- "Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia mahkluk yang ( berbentuk )lain. Maka Maha sucilah Allah pencipta yang paling Baik". Surah al-Mukminun.

Followers