Pentas Hidup: Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran




Indonesia keluar amaran tsunami selepas gempa Jepun

JAKARTA: Indonesia, mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk Indonesia yang tinggal di kawasan timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi.
Penduduk kawasan itu dinasihatkan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya tsunami susulan gegaran kuat di Jepun.
Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal dicampak ke pesisir pantai.

Angka korban cecah 900 orang - jepun
TOKYO: Angka kematian akibat gempa bumi terburuk dan tsunami di Jepun setakat ini mencecah 900 orang, menurut polis hari ini.

Agensi Polis Kebangsaan berkata, seramai 688 disahkan mati di kawasan gempa manakala 642 lagi masih hilang dengan 1,570 cedera.
Angka yang dikeluarkan polis itu tidak termasuk angka beberapa lagi pasukan polis di Bandaraya Sendai yang setakat ini sekurang-kurangnya 200 orang terkorban dengan 300 lagi mayat ditemui di sepanjang pesisir pantai. Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano, awal hari ini berkata pihaknya percaya lebih 1,000 orang maut dalam bencana itu.
Sambil mengakui usaha pasukan penyelamat dibebani dengan kejadian gempa berasingan di Pulau Honshu, beliau berkata kejadian tsunami itu memusnahkan 12,250 kediaman dan beberapa bangunan

Followers