Pentas Hidup: Suami Jiran ku Perogol Anak Tirinya

Suami Jiran ku Perogol Anak Tirinya

Aku ni memang asal orang kampung nie.. sebelah rumah aku ni dekat -dekat so kalau saper-saper yang menjerit kat dalam rumah yang sebelah rumah mesti dengar punya. Rumah sebelah aku semua saudara mara ku. Yang sebelah rumah ni pakcik aku dah sewakan , Dari aku masih Sekolah menengah lagi. Bermacam-macam muka jiran yang baru menginap kat rumah pakcik aku tue.
Tahun lepas sepasang suami isteri pun tengah cari rumah sewa mempunyai dua anak perempuan seorang anak lelaki. Bertanya ada tak rumah sewa kat sini, jadi mak aku bagitau lah rumah sebelah tue baru jer orang dah pindah..
Selang beberapa bulan nie, suara terpekik pekik kat sebelah dah kedengaran dari mulut si isteri nya marah kan anak perempuan nya yang bernombor dua. Macam-macam lah keluar kata-kata kesat pemalas ler, apa ler.. kami orang pun kadang-kadang terkejut yer la sampai macam tue sekali..
Dan benda macam tue menjadi lali bagi kami kat sebelah rumah .. bukan siang jer bising, malam pun macam tue.
Kenapa la tak terfikir ke orang yang dekat-dekat nie. nak tidur ke aper ke. kadang-kadang di kurung nyer anak perempuan kat dalam tandas malam-malam mana tak anak gadisnya tu menjerit ketakutan.. da lampu di tutup.
Terfikir jugak kami kat rumah tue kenapa sampai hati sangat buat anak dia macam tue.
Pernah jugak mak saya tegur kenapa bising malam-malam tue. Si isteri bagi tau anak perempuan nya pemalas, buruk perangai , entah apa2 lagi.. " owh...," melopong jer mulut mak aku di bagi tau.
Bukan sekadar isteri nyer jer memukul kadang-kadang si suami pun turut memukul anak perempuan nyer, yang nombor tiga dan yang lelaki pulak tak pernah dia orang buat macam tue jarang katakan.
Dengar-dengar cerita si suami tue Ayah tiri pada tiga orang anak,
Jadi kadang-kadang terfikir jugak, mak aku bagi tau "Entah-entah dia cemburukan anak perempuan dia tak, ye lah si suami kan ayah tiri gadis tu. Anak tue kira meningkat remaja le kan..
Entah lah malas kami orang nak fikir, dah jadi biasa pulak dengar rumah tue selalu bising.
Kami sekeluarga malas nak masuk campur nanti di katakan sibuk hal orang, kadang-kadang pakcik aku kat rumah sebelah pun pernah bagi tau ayah ku kenapa rumah tue selalu bising -bising . Ayah aku pun malas nak campur.
Jadi kami orang pun dah tak kisah kalau si isteri nya kadang menjerit memanggil dan memukul anak nya. Pernah sekali terkejut beruk aku time tidur siang hari, si isteri menjerit macam bini tarzan.. Wooi.. ini dah melampau, fikir aku. Tak terfikir ke orang nak aper ke tidur ke..
Nak marah pun ader jugak.. ish diam jer sabar, Malas nak fikir lantak dia orang ler nak bising.
Mak aku pun bagi takkan pemalas macam tue sekali dia orang buat kadang di pukul. bising bukan main lagi.. aduh nak tidur pun malam-malam terganggu
Jadi lama-lama kami pun dah tak kisah dah malas lah kira lantak dia orang ler..
Balik dari kerja jer.. lepas minum salin baju aku hairan pulak , naper rumah tue sunyi.. aku bagi tau mak aku. Mak aku bagi tau dia orang dah beli rumah baru.. "O.. ," Aku pun mengganguk nganguk.. tak ada lagi la bunyi bising dan tak de orang la kat sebelah.
Tapi malam lampu letrik terpasang, eh suami dia masih pulak kat rumah nie . Mak aku bagi tau mungkin nak kemas kan barang yang masih ada.. owh.." jawab ku lagi.
Beberapa hari kemudian, aku balik kerja lepas tukar baju aku pun minum, duduk lepak depan tv dengan mak ku. Mak aku pun tiba-tiba bersuara dengan muka yang macam shock. " kau nak dengar cerita tak" pe dia" aku cakap.
"ko tau tak,Orang kat rumah sebelah tue tak pindah rupanyer, si isterinya lari dengan anak-anak nya balik kampung, rupa nya si suami nya merogol anak perempuan nyer yang selalu dia orang pukul tue", bagi tau mak aku, dengan mata nyer yang terbeliak. " Ye ker, terkejut jugak aku mendengar nyer.
Aku pernah jugak terfikir masa kenduri kahwin sebelah rumah aku.. Si isteri
nyer pun satu kenapalah tinggal kan anak perempuan dengan suami nyer jer kat umah.. masa tue.
"Aku bagi tau mak aku mana dapat citer nie" kataku. " Dari pakcik sumat ko lah" jawab mak ku.
" Mana pulak dia tau citer nie" kata ku lagi.. si isteri nya sendiri yang citerkan kat dia selama nie dia pendamkan jer hal ni, mungkin dah tak tahan lari le. Patut juga si isteri macam tertekan jer menjerit tak tentu pasal.
Dan si anak dia kena paksa , kalau tak ikut kemahuan nyer, dia pukul kan anak gadis nyer.
Yang aku fikir nie.. naper tak buat report polis... Mungkin lagi kesian ker aper ke. Entahlah..
Tapi menyampah pulak aku tengok muka suaminya yang masih tinggal kat rumah sewa pakcik aku tue..
Muka nampak baik tapi hati macam syaitan...

Followers