Pentas Hidup: Buat Duit Dengan Broadband

Buat Duit Dengan Broadband

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Agen Broadband

Salam dan tahniah saya ucapkan jika anda sedang membaca artikel ini. Artikel mengenai kerjaya sambilan sebagai agen broadband ini saya ambil dari pencarian hampir sebulan di internet. Ia sebagai pendedahan awal dan kefahaman yang perlu di ketahui untuk kita lebih selesa bekerja.

Untuk mereka yang telah aktifkan keahlian sebagai agen broadband syarikat Micropurple, saya kongsikan di bawah ini fakta yang perlu anda fahami dahulu sebagai agen yang sah kepada Micropurple Sdn Bhd. Semoga maklumat yang saya kongsikan ini memberi gambaran dan kefahaman gerak kerja kita. Teruskan membaca.

Apakah konsep program affiliate broadband Micropurple?

Program affiliate broadband Micropurple ini adalah program affiliate atau networking yang berasaskan kepada sales atau jualan. Program affiliate broadband Micropurple

* BUKAN program passive income yang bagi duit tiap-tiap bulan…
* BUKAN satu lagi program passive income…
* TIADA konsep 4D – ‘Duduk Diam Dapat Duit’ dalam program affiliate broadband Micropurple
* Komisyen atau duit hanya diperolehi apabila ada jualan atau sales yang berlaku sama ada oleh diri sendiri atau pun dari rangkaian
* Sama macam anda menjadi agen sama ada Streamyx, Celcom Broadband atau Unifi cuma di Micropurple anda berpeluang mendapat ‘overiding’ income bila rakan-rakan atau saudara mara yang anda lantik menjadi agen di bawah anda membuat jualan atau sales. Selain itu memang ada kelebihan-kelebihan lain yang saya akan ceritakan kemudian

Sebagai ahli apa yang perlu dilakukan untuk mendapat income?

Untuk mendapat income melalui program affiliate broadband Micropurple anda boleh lakukan dua (2) perkara atau dua (2) kerja

1. Anda promote broadband Streamyx, Celcom Broadband dan Unifi ikut seperti mana yang ada dalam pasaran dan daftarkan mereka yang berminat ke dalam sistem atas talian (online) yang disediakan oleh syarikat Micropurple. Anda akan dibayar komisyen terus ke akaun bank anda bila pendaftaran tersebut telah berjaya dilakukan dan pihak pengurusan sama ada dari TMNet atau Celcom atau Unifi telah berjaya memasang broadband seperti yang dimohon semasa pendaftaran.

2. Anda boleh lantik seberapa ramai downline dan latih mereka untuk buat jualan atau sales. Bila mereka berjaya membuat sales atau jualan anda juga akan mendapat overiding bonus dari hasil jualan mereka.

Apakah yang tidak perlu anda lakukan untuk mendapat income?

1. Anda tidak perlu membuat pemasangan untuk Streamyx dan anda bukan lah technician kepada TM, Celcom, Unifi atau Micropurple. Anda hanyalah promoter atau introducer. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh pihak lain.

2. Jika mereka yang telah anda daftarkan ada masalah, nasihatkan mereka untuk terus menghubungi pihak TM, Celcom atau Unifi. TM, Celcom dan Unifi ada bahagian helpdesk masing-masing yang akan menguruskan masalah-masalah ini. Sekiranya anda ingin membantu mereka selesaikan masalah, itu adalah di atas inisiatif anda sendiri dan anda tidak akan dibayar untuk membantu mereka selesaikan masalah.

Adakah dengan menyertai program affiliate broadband Micropurple ini anda juga berdaftar sebagai reseller kepada TM, Celcom atau Unifi?

Tidak. Anda sebenarnya tidak berdaftar terus dengan TM, Celcom atau Unifi. Sebenarnya Micropurple yang berdaftar dengan TM, Celcom dan Unifi. Anda sebenarnya mendaftarkan diri kepada Micropurple dan anda adalah agen kepada syarikat Micropurple untuk sama-sama mencari peluang perniagaan sebagai agen pendaftaran Streamyx, Celcom dan Unifi melalui Micropurple.

Di kesempatan ni saya nak ambil peluang untuk kongsikan beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai Micropurple

* Micropurple BUKAN program duduk diam dapat duit, BUKAN pelaburan internet, BUKAN passive income, BUKAN MLM. Komisyen adalah berdasarkan kepada jualan atau sales.
* Tiada apa-apa bayaran keahlian untuk menjadi agen broadband Streamyx, Celcom Broadband dan Unifi di Micropurple. Pendaftaran adalah PERCUMA!
* TIADA bayaran pendaftaran, TIADA bayaran keahlian, TIADA bayaran pengurusan (admin)
* Jika anda tak buat sales, anda masih boleh dapat income bila downline-downline di dalam rangkaian anda membuat jualan atau sales.
* Micropurple adalah Rakan Niaga kepada SNS Network (M) Sdn Bhd
* SNS Network (M) Sdn Bhd adalah Top Reseller pada tahun 2009 kepada Telekom Malaysia (TM)
* Anda boleh daftarkan broadband untuk pelanggan anda di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
* Anda boleh daftar Micropurple dan daftarkan akaun anda sendiri untuk Streamyx, Celcom Broadband dan/atau Unifi. Dengan cara ini anda secara tak langsung boleh dapat diskaun untuk pendaftaran tersebut. Broadband Dapat Duit (Diskaun) pun Dapat!
* Anda boleh promote Streamyx, Celcom Broadband dan Unifi melalui online dan offline.
* Secara ringkas, kita tidak ambil wang deposit dari pelanggan untuk produk Streamyx, Unifi, telefon kediaman dan telefon perniagaan. Hanya Celcom Broadband saja yang kita perlu ambil deposit dan bank-in ke Micropurple.

Semoga dengan kefahaman tugas kerja dan konsep affiliate broadband Micropurple, kita boleh mula membuat promosi tanpa ragu dan penuh komited.



Jika anda pelawat yang terjumpa blog ini dan masih belum mendaftar sebagai agen broadband, sila klik link ini:

http://bband.gotunetalk.com/WMP23144

Terima kasih dan salam kejayaan.


Followers