Pentas Hidup: Misteri Roh Dan Fokker 50

Misteri Roh Dan Fokker 50

http://gambaronline.com/images/2010/09/gambar_hantu.jpg
Kisah ini benar-benar berlaku dalam tahun 1995. Berita ini telah terpampang di dada akhbar Berita Harian. Mesti anda ingat Kapal Terbang Fokker 50 yang telah terhempas di Tawau,sabah. Salah seorang penumpang fokker ialah kawan aku sendiri. Waktu itu aku berada di damansara, sedang menonton Tv. Dikalangan kawan-kawan ku yang menetap di apartment kebanyakan nya budak sabah.
Semasa Kami menonton Berita TV itu aku dan seorang rakan mentertawakan Berita mengenai kapalterbang yang terhempas di tawau, Sabah. Dengan sepontan jer aku menjawab mesti rumah kau ada di situ,, ranap dah terkena fokker tue", aku dan seorang rakan ku tertawa berdekah-dekah.
Lepas habis jer menonton berita tv , Aku san kawan ku mengajak membuat panggilan telefon ke klang.
Kawan ku menyampaikan berita yang si Emy dah meninggal kapalterbang yang di naiki telah terhempas di tawau sabah. Lepas aku mendengar cerita hati ku menjadi pilu terus menangis. Entah kenapa hati ku hiba sangat.

Sebenar dah dua minggu aku tinggalkan kawan Emy, Gara-gara perangai nya yang suka sangat bersosial apa lagi selalu menghisap ganja dan terikut ikut dengan budak liar. Daripada aku terikut atau terjebak lebih baik aku tinggal dengan kawan ku sekampung dengan ku, lagipun kawan ku tidak mau membawanya kerana perangai buruk nya itu, Pada masa itu kawan aku ini l telah menyelamatkan aku dari terus bersamanya. Tapi hakikat aku tak pernah ikut apa yang di buatnya.Emy bukan seagama dengan ku setau aku berdarah campur.

Disinilah bermulanya cerita aku, aku mengikut kawan-kawan ku ke klang. Kami merancang bermalam di sana , lama tak lepak dengan kawan-kawan lama sejak kami bekerja di damansara. Malam tu entah, kenapa hati ku terasa lain. Aku pun bertanya dengan kawan yang telah lama tinggal di situ mengenai mendiang Emy. sebelum dia mati, ada tak dia Si Emy cari aku. Si H menjawab memang selama ini si Emy berusaha mencari aku. Sebelum dia mati dia nekad nak cari aku sampai ketemu. Dan si H mencerita lagi sejak si Emy pergi Taman, tempat mereka selalu lepak seakan-akan dia turut serta dan seakan-akan bayangnya menjelma di situ.
Aku tiba-tiba menjadi takut. Sebenarnya kawan-kawanku yang lain juga ketakutan. Hostel Flat yang mereka duduki sekarang di hantui oleh roh Emy seolah-olah berlegar kekawasan itu.
Malam itu setelah penat berborak-borak kami semua tidur dalam satu bilik apa lagi ada yang tidur di bawah. Dan aku pulak tidur sekatil dengan kawanku.
Malam tu hati aku gelisah sangat , takut pun masih terasa.Tiba-tiba sayup-sayup aku terdengar nama ku di panggil "yan..." lantas aku terkejut dan terus menyalakan lampu. kedengaran bunyi pagar kat luar macam kena rempuh oleh seseorang. Jam menunjukkan pukul 2 pagi aku tak dapat nak lelapkan mata. Macam-macam yang aku bayangkan.Pagi itu aku tak dapat tidur hingga ke pagi. Awal-awal pagi lagi aku dan kawan-kawanku berangkat balik ke Damansara.
Sejak aku balik dari klang, suara itu terngiang-ngiang di cuping telinga aku memanggil nama ku.

"Yan.. kenapa kau tinggal kan aku...," Walaupun di saat aku keseorangan atau pun bersama Teman-teman.
Kawan-kawanku ketakutan dengan gelagat aku yang kadang-kadang bercakap sendirian.
Kawanku mengajak supaya aku pergi berubat dengan Makcik di seberang sana yang tidak jauh dari tempat kami diam .Semasa aku nak melangkah berjalan kaki aku terdengar teriakan yang kuat darinya.. Seolah-olah menghalang aku dari pergi berjumpa Makcik itu. Bila aku menoleh kearah kawan-kawan ku yang lain seolah-olah mereka tidak mendengar suara tadi.Aku menahan rasa takut .. dengan tabah aku terus melangkah tidak memperdulikan jeritan tadi yang hanya aku seorang dapat mendengarnya. Setelah sampai di rumah Makcik. Kami di pelawa masuk.
Makcik A mengeluarkan perkakas perubatan nya. Semasa makcik yang nak mengubat aku itu tengah membelah limau kasturi. Tangannya seolah-olah ditolak.Makcik tu pun berkata Benda tu cuba menolak tangannya.

Aku teringat kata-kata kakak yang satu tempat kerja dengan aku dulu. Roh tak boleh kena limau, kalau kau perah kat atas darah orang yang baru mati mereka mesti terasa pedih dan tersiksa.

Makcik itu pun memberi sirih untuk di makan sebelum makan baca selawat nabi dulu. Pelik juga fikir aku ringkas ,macam itu jer.. aku pun balik kerana di fikiranku tiada lagi benda tu mengekori aku.
Masa itu tiada lagi suara Roh itu kedengaran . Aku menjangka, mungkin dia tak mengganggu aku lagi.
Tapi jangkaan aku melesit. Malam tu suara itu masih mengganggu,Kali ini suara nya sikit keras tidak berlembut seolah-olah memarahi aku. aku seakan akan mau gila di buatnya.
Berat badan ku mula menyusut sebab tak ada selera nak makan. Tiba-tiba kawan sekampungku bersuara.
Lebih baik kau balik jer.. berubat cara kampung aku takut pulak ko jadi gila kena benda nie, mana tau. Balik jer la.." cadang kawan ku.
Bila ku fikir-fikir yer lebih baik aku balik. Roh nie tak henti-henti mengganggu aku aku boleh tengok dari sisi mata bayangan hitam nya. Dan susuk badan yang seiras-iras kawanku.
Setelah aku balik dan kawan ku menelefon membagitau ibu ku yang aku sakit.
Setelah aku balik Ibu ku membawa ku berubat dengan kenalan nya. setelah di tengok.. Makcik tu berkata yer dia terkena ikutan Roh kawanku. sebelum mati terhempas .. Emy memjerit memanggil namaku. Aku terbayang-bayang bagaimanakah Waktu kapalterbang itu terhempas dan hangus?? allahualam, setahu kebanyakan penumpang bukannya islam.
Macam cerita aku dengar dari kawan ku. Mayat yang di temui mati rentung ada yang tak dapat di kenal pasti dan di tanam dalam satu liang lahad.

Tapi masih belum baik juga penyakit aku.
Sekarang famili aku membawa aku berubat dengan abang kepada abang ipar ku. Setelah sampai di rumah tu.Aku di suruh duduk.. Abang lok menyuruh aku melihat dan mengikut anak mata nya. Tiba-tiba badan abang Lok mengigil.. Iye" dia terkena roh.
Setelah abang Lok mengubat tiga orang yang datang tiba giliran aku pulak
Malam itu aku pun di mandikan dengan air limau bercampur air yang di bacakan surah yassin.
Sebelum itu ayat Qursi di bacakan tujuh kali .. tiba-tiba makcik kat rumah tue terlihat bayang perempuan dengan muka yang buruk keluar dari bilik perubatan.
Setelah mandi air yassin tadi abg lok memberitah , semasa aku menoleh kearah nya. Dia bukan melihat wajah ku tapi wajah perempuan dengan muka yang buruk.. dan air yassin yang aku mandi tadi seolah berbau bangkai.
Setelah habis berubat bila balik nanti aku di suruh mengamalkan zikir sebelum tidur, seboleh-bolehnya bersembahyang kerana yang mengikut aku bukan nya Roh tapi iblis yang nak menyesatkan..
Sejak aku bersembahyang aku tidak lagi mendengar suara-suara Roh iblis kadang suara lembut.. Kadang-kadang suara nya keras bila aku selalu mebaca ayat - ayat Quran..
Yang di maukan oleh roh tue dia mau aku carikan jasad nya yang telah di kuburkan dalam satu liang lahad.
Setahu aku mayatnya tidak dapat di kenal pasti kerna mati rentung.. dan tiada tanda-tanda mayat Emy di cam kerna tidak memakai satu apapun seperti rantai atau cincin..


Kisah benar Cerita diambil dari kenalan

Followers