Pentas Hidup: Mati Sujud Diselimuti Debu Panas

Mati Sujud Diselimuti Debu Panas



http://1.bp.blogspot.com/_AnZHfzMswdQ/TMpUpMHA-pI/AAAAAAAAAto/3Yp98IgDKWA/s1600/mbah-maridjan1.jpg





http://4.bp.blogspot.com/_AnZHfzMswdQ/TMpUojPF2RI/AAAAAAAAAtY/6q3XwQzgfkY/s1600/mbah+maridjan2.jpg




Gunung Merapi Di Yogyakarta di penuhi debu panas pada petang 26 Oktober 2010. Bahang nya semakin terasa sehingga ke Kampung Kinahrejo. Mbah Maridjan, 83 tahun adalah juru kunci Gunung Merapi bersiap-siap hendak sembahyang maghrib pada jam 6.36 masih bersolat bersama anaknya , Asih.
Aaih menjadi iman diikuti jirannya menjadi makmum termasuk Agus pembantu Mbah. Selesai solat Asih mengeluh kerana terasa bahang panas. Asih merasa berada di dalam ketuhar. Badannya berpeluh dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Muka nya terasa terbakar. Siren tidak berhenti-henti berbunyi menandakan Gunung berapi sedang meletus.Agus, asih dan keluarga Mbah Mardijan memutuskan untuk lari menyelamatkan diri.
Saat itu Agus, Asih dan anaknya memujuk Mbha mardijan untuk turun sama " Aku tidak mau meninggalkan lereng gunung berapi" jawab Mbah sambil bersiap-siap untuk solat sunat pula.
Agus. Asih tiada pilihan serta keluarga yang lain meninggalkan rumah Mbha sebelum terlambat.
Bahang panas semakin terasa terbakar. Ketika itu belasan rumah masih berkumpul di rumah Mbah Maridjan. Masing-masing berdoa bertahlil dan bersembahyang hajat.
Sepeninggalan agus dan asih , Mbah masih bersolat di tikar sembahyang. dia menunaikan solat hajat pula. Selepas sembahyang beliau berdoa supaya tuhan melindungi dirinya dan penduduk kinehrejo daripada malapetaka letusan gunung Merapi. Selesai solat hajat wartawan Vivanews sempat berbual-bual dengan mbah maridjan seketika. Masa itu awan panas telah menyelubungi serata perkampungan di kaki gunung tersebut. Siren kecemasan terus berbunyi. Bahang panas terasa membara-bara di mana mana.
Selesai mewawancara Yuniawan turut mengajak Mbah maridjan turun bersama-sama, tetapi turut di tolak. Yuniawan turun sejauh 4 kilometer ke kem pasukan penyelamat.
Pada saat genting itu, Yuniawan bersama seorang tenaga pasukan perubatan Yogyakarta bernama Tutur mengambil keputusan untuk naik semula ke Puncak Kinehrejo untuk memaksa Mbah Maridjan supaya turun. Mereka menaiki semula kereta suzuki untuk menjemput Mbah Maridjan, Sebaik sampai kerumah Mbah, saat itulan awn panas sudah menyelubungi Rumah Mbah Maridjan. Suasana penuh dengan debu panas.Yuniawan berlari pantas memasuki Rumah Mbah Maridjan. Dalam sekelip mata Debu panas dengan Suhu 600 Darjah Celsius meruntuhkan Bumbung rumah Mbah Maridjan.
Mbah terus sembahyang dan bersujud. Debu-debu panas terus menyelimuti tubuhnya. Dia tidak menghiraukan walau tubuhnaya terbakar. Mbah terus sembahyang.
Letusan Gunung Merapi terus mewnganas. Pepohon kering tumbang, Haiwan ternakan mati bergelimpangan,,,
Beberapa jam kemudian pasukan penyelamat turun bagi mencari mangsa dalam tragedi itu.
Mereka menemui kereta Suzuki yang di naiki Tutur dan Yuniawan berada di luar rumah Mbah di selimuti Debu.
Pintu penumpangnay terbuka dan abu awan panas memenuhi ruang kereta tersebut.
Dapur rumah Mbah Maridjan berselerakan. Ada lima mayat sudah kaku di dalam rumah Mbah maridjan.
Antara jasad yang ditemui jasad Mbah Maridjan sedang sujud. Jasad beliau sudah kaku dan di penuhi abu panas, Mayat Mbah di kenali berdasarkan ibu jari dan kopiah yang di pakainya.
Sebelum meninggal Dunia , Mbah meninggalkan pesana di laman Facebooknya pada
25 Oktober 2010
Mbah pernah memberitahu saudara-maranya beliau tidak akan meninggalkan Gunung Merapi kerana memikul Amanah Dalem Keraton Jogja menghamba diri pada Sultan Jogja Sri Sultan Hamengkubuwono X, Sekali Gus penjaga Gunung Merapi.

Followers