Pentas Hidup: Erra Tidak Leka Dengan Kejayaan Salma

Erra Tidak Leka Dengan Kejayaan Salma


Dengan 80 markah, Erra Fazira dan protegenya, Salma berada di kedudukan pertama Kumpulan B Mentor 5. Sementara Edry-Iqa menduduki tempat kedua dengan 55 markah diikuti Rahim Maarof-Aiman dengan 48 markah.

Mengulas tentang kejayaan Salma pada malam ini, Erra berkata, "Alhamdullilah...Erra lihat dari persembahannya (Salma) ketika sidang media pertama hari tu, ada peningkatan.

"Tetapi masih ada benda lain yang perlu dititikberatkan dan dipertingkatkan, dan semuanya bergantung pada 'input' yang Erra terima dari orang ramai seperti abang Ramli tentang apa yang perlu diasahkan lagi.

"Tak semua lagu dia boleh bawa. Bagaimanapun kita perlu 'challenge' dia. Contohnya, dia tak berapa fasih dalam bahasa Inggeris. Tapi kita kena cabar dia. Barulah masuk Mentor ni ada ilmu yang dipelajari."

Followers