Pentas Hidup: Benarkah Pengurus Shahir mengasari Peminat?

Benarkah Pengurus Shahir mengasari Peminat?

Apabila membaca satu artikel di sebuah forum popular, mereka bercerita tentang kekasaran seorang pengurus penyanyi popular, Shahir AF yang telah bertindak menolak dan memukul peminat ketika cuba bersalaman dengan Shahir sewaktu mereka menjaya siri jelajah untuk Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Menurut penulis itu, peristiwa mengguris hati itu berlaku semasa sesi bergambar bersama artis berlangsung setelah majlis itu selesai, malangnya ketika suasana sesak kerana terlalu ramai yang mahu bergambar bersama Shahir, maka pengurus artis itu mengambil tindakan menolak dan ada juga yang melaporkan telah dipukul.

Aduhai... kasihan sungguh peminat-peminat Shahir, sudahlah mereka sanggup menunggu sehingga majlis selesai barulah dapat bergambar, tapi sudah sampai masanya, mereka pula dikasari.

Mungkin juga keadaan sudah menjadi terlalu sukar untuk dikawal, maka pihak pengurusan Shahir terpaksa melakukan sedikit kekasaran untuk mengelakkan artisnya terus-terusan diserbu.

ManggaMuda tak mahu salahkan mana-mana pihak, cuma berharap perkara sebegini tidak berulang lagi kerana apa pun keadaan yang berlaku di sana mungkin boleh diselesaikan dengan cara baik dan tidak perlu menggunakan cara yang kasar sebab yang menerima padahnya nanti adalah Shahir. Tak pasal-pasal namanya buruk akibat daripada cerita sebegini.

Followers