Pentas Hidup: Petanda Dia adalah Jodoh kita

Petanda Dia adalah Jodoh kita

Jodoh adalah ketentuan Allah, Yang tidak dapat kita ketahui bila di takdirkan untuk kita?
Tuhan menciptakan seluruh pancaindera kita untuk di gunakan sebaik mungkin, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat akal untuk berfikir.
Jadi gunakan untuk mengungkap rahsia cinta yang di takdirkan untuk kita.
Dan manusia yang rasa mereka hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
setiap pasangan dapat merasai kemanisan bercinta, dan saling memerlukan satu sama lain. Gerak hati menyatakan dia adalah pilihan kita, dialah peneman hari tua kita, dialah cinta cinta terakhir kita, dia jualah cinta hidup semati kita..
Tanda dia adalah jodoh kita.

Kekasih kita bersikap bersahaja dan tidak berlakon, cuba perhatikan dari segi pemakaian nya, percakapan dan cara ketawa serta makan minum. adakah bersopan. tidak terkawal atau pelik.
kalau nampak kurang selesa dengan gayanya sah dia berlakon, kalau penampilan nya bersahaja, maka dia adalah calon yang sesuai, jika tidak dia mungkin bukan jodoh anda.

Sering bersama tidak pernah jemu atau stress pada diri kita. semakin hari semakin sayang. kita sentiasa tenang, gembira dan dialah pengubat kedukaan kita. dia juga merasai nya.

Apapun kisah sialm tang pernah kita kakukan. dia tidak pernah kisah.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini, yang penting siapa kita sekarang.Yang dia tahu kita adalah miliknya kini. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia bersedia menjadi pasangan hidup kita

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. sikap jujurnya yang di tunjukkan menarik hati kita, kejujuran tidak dapat dilakonkan, kerana ia lahir dari hati. kita juga dapat mengesyaki sesuatu jika dia menipu kita. selagi kejujuran bertakhta di hatinya kebahagiaan milik kita.

Jika berjauhan kejujuran adalah tiang utama sebuah perhubungan, jika sudah tidak jujur tumbang lah tiang ranaplah sebuah hubungan. apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang pada kita
apabila dia jujur pada kita, semakin hangatlah hubungan kita. kejujuran di dalam sebuah perhubungan menguatkan lagi dialah pilihan hati kita.

Setiap pasangan saling mempercayai satu sama lain, tanpa kepercayaan sebuah hubungan bagaikan berlabuh tak bertali, sifat saling mempercayai timbul dalam hati nurani masing masing. kita rasa selamat apabila memceritakan rahsia kita kepadanya daripada rakan rakan yang lain. bukti cinta adalah kepercayaan masing masing. tanpa kepercayaan pudar sebuah hubungan.

Sebuah hubungan yang kekal dalam jangka masa yang panjang, adalah satu anugerah kerana kepercayaan, kejujuran , dan kasih sayang yamg masih utuh. saling bekerjasama dalam hidup ini, Segala kerja yang dialakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan meringankan beban masing -masing, melakukan perkara dengan sama-sama, melakukan kan tanpa memerlukan orang lain, jika tiada kerjasama sukar untuk hidup bersama, ini kerana kita terpaksa memikul bebab tanggungjawab seratus peratus.

Dalam hubungan saling memahami amatlah penting. apabila kita sakit dialah yang mengambil berat, jika berduka dialah penghibur. bila susah dialah meringakan, boleh di katan setiap apa yang kita alami dialah yang setia berada bersama kita walau apa jua.
Dailah calon sesuai pasangan anda..

No Body perfect, tiada yang sempurna di muka bumi allah ini. Pasti kta memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang sedia menjadi teman hidup kita. dia tidak akan memyimpan kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Dia juga akan mempamerkan keburukan kepada kita. misalnya andai sakit dan tidak mandi selama dua hari dia akan benarkan kita melawatnya. terimalah kelemahan dan keburukan pasangan masing masing adalah satu kebaikan dan ia juga menadakan adakah dia calon kita.

Apa kata hati anda?
Tuhan kurnia deria keenam unutk kita mengetahui dan memahami perasaan pasangan kita. dan deria ini kita saling tahu perasaan masing-masing. dan juga dapat membaca fikiran masing -masing merhati reaksi dan tindak balas pasangan pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan kita, tanyalah sekali lagi. adakah dia adalah jodoh kita.
Dengar kata hati anda buatlah pilihan. Serahlah segalanya pda ketentuan ilahi.

Followers