Pentas Hidup: Getaran Cinta Kita

Getaran Cinta Kita

APA YANG KAMU LAKUKAN UNTUK MENJERNIHKAN KEADAAN

Aku Berubah Kau Juga Berubah
Ramai pasangan yang sudah terbiasa untuk saling menyalahkan antara sendiri kerana suatu masalah yang timbul. Cara terbaik nak selamatkan hubungan kamu belajar la ubah kebiasaan kamu sendiri agar pasangan tu pun turut terikut untuk mengubah kebiasaan tersebut.
mengamati tingkah laku masing-masing terhadap pasangan merupakan langkah pertama dalam nak ubah sikap., kalau boleh catat semua hasil pemerhatian kamu , dengan cara penerimaan terhadap perilaku pasangan secara tidak langsung kamu akan rasa sama-sama bertanggung jawab terhadap masalah kamu yang ada perubahan harus di mulakan dengan diri kamu.

AKU DAN KAU BERSAHABAT

Pernahkah kamu membayangkan betapa asyiknya bercinta dengan sahabat sendiri? sahabat biasanya lebih memahami, sentiasa bersedia untuk membantu dan boleh menjadi tempat untuk kamu mencurahkan rahsia hati. sahabat juga tidak akan membuatkan kita berasa sedih,kesal atau marah.sebaliknya, sebagai sahabat juga kamu sadah bersedia untuk bersamanya di waktu suka dan duka.perhubungan tersebut akan terus berkekalan jika kita boleh menunjukkan rasa hormat terhadap pasangan seperti yang kita lakukan pada seorang sahabat, masalahnya, ada kala kita menaruh harapanyang terlalu tinggi terhadap pasangan,mengharapkan si dia menjadi lebih sempurna,sehingga kita menjadi terlalu meminta dan mengharapkan perkara yang mestahil. contohnya, kamu boleh memahami jika sahabat mu datang lambat. tetapi, jika si dia yang terlambat, sudah pasti kamu naik angin. dengan cuba mengadaptasi pola perilaku seperti seorang teman, maka semua nilai positif yang ada dalam hubungan persahabatan dapat kita miliki..

AKU, KAU DAN CERITA SILAM

kekecewaan terhadap pasangan sering kali berkait rapat dengan masalah orang tua atau trauma di zaman kanak-kanak. Contohnya, jika si dia jarang memanjakan kamu, itu mungkin kerana ketika dalam lingkungan keluarganya dahulu si dia juga kuarng mendapat perhatian dan kasih sayang. sekiranya masalh ini sudah kamu sedari sejak awal. sudah psti kamu tidak akan menyalahkannya. Malah, kamu sudah menerima sikapnya itu sebagai satu perkara normal dan bukan kekurangandirinya.

AKU DAN KAU SALING BERGANTUNG

Kehadiran seornag kekasih yang bersifat pelindung sangat di perlukan dan merupakan perkara biasa dalam perhubungan cinta sepasang manusia dewasa. saling bergantung, merupakan salah satu kunci kebahagiaan dalam perhubungan cinta. sikap saling bergantung terhadap pasangan menjadikan kamu mendapat kuasa yang seimbang, boleh saling berkongsi perasaan serta saling menhargai. Namun ini tidak bermakn kamu langsung tidak tahu berdikari.

AKU KAU GHAIRAH BERCINTA

Ada pandangan yang mengatakan hubungan cinta berada di paras paling kritikal apabila frekuensi bercinta menurun. namun ada juga yang mengatakan pasangan yang mengalami situasi tersebut sedang berganjak pada tahap perhubungna lanjut, iaitu ketika dua kekasih berganjak menjadi sahabat. pada tahap ini, hubungan cinta menjadi tenang dan membahagikan. Tetapi, tidak ramai yang menyedari perkara ini. Dalam menjalinkan perhubungan, kita di kendalikan oleh sejumlah hormon. secara biologo, nafsu dan ghairah bercinta biaanya akan surut sedikit setelah hubungan terjalin selama enam bulan. ketika ghairah cinta mula menghilang. ramai pasangan yang merasakan mereka seolah olah telah kehilangan cinta. Padahal ini petanda perhubungan mereka telah memasuki tahap baru yang tidak lagi di pengaruhi oleh keinginan seksual semata.

AKU DAN KAU SALING BERKOMUNIKASI

Masalah paling kerap dihadapi oleh pasangan kekasih ialah lemahnya komunikasi di antara mereka wanta cenderung bersikap menyalahkan lelaki atas tindakan mereka. Padahal, semakin lelaki berasa kesal, semakin dia tidak peduli dan bersikap dingin. Dalam satu perhubungan cinta. komunikasi" non-verbal" juga sama pentingnya dalam komunikasi lisan. Menulis surat adalah cara komunikasi dasar. surat embolehkan kamu meluahkan rasa hati terhadap pasangan dengan cara yang lebihhangat. Jika tidak surat, e-mel pun dah mencukupi

AKU DAN KAU SELALU POSITIF

Memang sukar untuk selalu berpandangan positif terhadap pasangan dalam satyu perhubungan jangka panjang. Jadi awas jika bersikap negatif terhadap pasangan, kerana ia boleh menghancurkan. ketika berniat ingin mengatasi krisis, ramai yang saling melontarkan kritikan dan ternyata semua ini tidak akan memyelesaikan masalah. kritikan akan menjuruskan kita pada sikap defensif masing-masing melepaskan tanggungjawab atau saling menyalahkan. Pandangan positif akan memudahkan pasangan menghadapi saat saat getir yang terjadi dalam suatu perhubungan. ketika si dia melakukan sesuatu yang kamu anggap bodoh, cubalah fikirkan alasan nya. jika kamu boleh berfikir secara rasional, denagn sendirinya pandangan negatif yang terlintas di kepala kamu akan bertukar positif. sebenar apa yang merasuk dalam perasaan, akhirnya akan terwujud menjadi kenyataan, jadi cubalah untuk berfikirran positif, agar segala yang baik dan terindah boleh menjadi kenyataan.

"Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan yang esa. setiap insan sudah di tetapkan jodohnya, Yang pasti kita berusaha untuk mendapatkan cinta kita. Selalunya Jodoh yang menanti kita tidak berada jauh..."

Followers