Pentas Hidup: February 2011

Petanda Dia adalah Jodoh kita

Jodoh adalah ketentuan Allah, Yang tidak dapat kita ketahui bila di takdirkan untuk kita?
Tuhan menciptakan seluruh pancaindera kita untuk di gunakan sebaik mungkin, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat akal untuk berfikir.
Jadi gunakan untuk mengungkap rahsia cinta yang di takdirkan untuk kita.
Dan manusia yang rasa mereka hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
setiap pasangan dapat merasai kemanisan bercinta, dan saling memerlukan satu sama lain. Gerak hati menyatakan dia adalah pilihan kita, dialah peneman hari tua kita, dialah cinta cinta terakhir kita, dia jualah cinta hidup semati kita..
Tanda dia adalah jodoh kita.

Kekasih kita bersikap bersahaja dan tidak berlakon, cuba perhatikan dari segi pemakaian nya, percakapan dan cara ketawa serta makan minum. adakah bersopan. tidak terkawal atau pelik.
kalau nampak kurang selesa dengan gayanya sah dia berlakon, kalau penampilan nya bersahaja, maka dia adalah calon yang sesuai, jika tidak dia mungkin bukan jodoh anda.

Sering bersama tidak pernah jemu atau stress pada diri kita. semakin hari semakin sayang. kita sentiasa tenang, gembira dan dialah pengubat kedukaan kita. dia juga merasai nya.

Apapun kisah sialm tang pernah kita kakukan. dia tidak pernah kisah.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini, yang penting siapa kita sekarang.Yang dia tahu kita adalah miliknya kini. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia bersedia menjadi pasangan hidup kita

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. sikap jujurnya yang di tunjukkan menarik hati kita, kejujuran tidak dapat dilakonkan, kerana ia lahir dari hati. kita juga dapat mengesyaki sesuatu jika dia menipu kita. selagi kejujuran bertakhta di hatinya kebahagiaan milik kita.

Jika berjauhan kejujuran adalah tiang utama sebuah perhubungan, jika sudah tidak jujur tumbang lah tiang ranaplah sebuah hubungan. apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang pada kita
apabila dia jujur pada kita, semakin hangatlah hubungan kita. kejujuran di dalam sebuah perhubungan menguatkan lagi dialah pilihan hati kita.

Setiap pasangan saling mempercayai satu sama lain, tanpa kepercayaan sebuah hubungan bagaikan berlabuh tak bertali, sifat saling mempercayai timbul dalam hati nurani masing masing. kita rasa selamat apabila memceritakan rahsia kita kepadanya daripada rakan rakan yang lain. bukti cinta adalah kepercayaan masing masing. tanpa kepercayaan pudar sebuah hubungan.

Sebuah hubungan yang kekal dalam jangka masa yang panjang, adalah satu anugerah kerana kepercayaan, kejujuran , dan kasih sayang yamg masih utuh. saling bekerjasama dalam hidup ini, Segala kerja yang dialakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan meringankan beban masing -masing, melakukan perkara dengan sama-sama, melakukan kan tanpa memerlukan orang lain, jika tiada kerjasama sukar untuk hidup bersama, ini kerana kita terpaksa memikul bebab tanggungjawab seratus peratus.

Dalam hubungan saling memahami amatlah penting. apabila kita sakit dialah yang mengambil berat, jika berduka dialah penghibur. bila susah dialah meringakan, boleh di katan setiap apa yang kita alami dialah yang setia berada bersama kita walau apa jua.
Dailah calon sesuai pasangan anda..

No Body perfect, tiada yang sempurna di muka bumi allah ini. Pasti kta memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang sedia menjadi teman hidup kita. dia tidak akan memyimpan kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Dia juga akan mempamerkan keburukan kepada kita. misalnya andai sakit dan tidak mandi selama dua hari dia akan benarkan kita melawatnya. terimalah kelemahan dan keburukan pasangan masing masing adalah satu kebaikan dan ia juga menadakan adakah dia calon kita.

Apa kata hati anda?
Tuhan kurnia deria keenam unutk kita mengetahui dan memahami perasaan pasangan kita. dan deria ini kita saling tahu perasaan masing-masing. dan juga dapat membaca fikiran masing -masing merhati reaksi dan tindak balas pasangan pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan kita, tanyalah sekali lagi. adakah dia adalah jodoh kita.
Dengar kata hati anda buatlah pilihan. Serahlah segalanya pda ketentuan ilahi.

Sikap Yang Membosankan dan menangani stress

Dalam hubungan kita sering bertengkar dengan masalah-masakh kecil dengan kekasih kita.
Perkara kecil jugak membuatkan hubungan kita menjadi dingin, hingga membuatkan saling menyakiti. apakah punca sebenarnya?
Perkara ini mungkin berhubungan sikap pada kita dan sidia, masing masing nak pertahankan diri dan menegak kan kebenaran dengan kata sendiri.
selain itu dengan sikap yang cepat terusik, kalau di tambah lagi dengan panas baran mungkin hubungan semakin bertambah serius.
Bagaimana nak hindarkan sikap sebegini, adakah kita perlu berubah sikap dan kekasih kita perlu berubah sikap. Dalam perkara di atas memang perlu kita berubah sikap.
Tapi bila dah berjanji saling nak berubah, esok lusa buat lagi. mungkin sikap dah sebati kat dalam diri.
Kalau tak dapat berubah banyak sikit sikit dengan perlahan, walau dah di kata sebati pun janganlah keterlaluan,
Ada jenis pasangan yang bergaduh saling melempar kata-kata kesat tapi masih bertahan juga hubungan kerana perasaan sayang masih utuh.
Bukan senang nak hilangkan sikap pada diri kita, yang seumpama sudah sebati dalam diri.
Mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.



Menangani Stress

Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan what atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.

Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.

Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda,

“Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”

Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.
b.. Berzikir dan Berbadah Yang Khusyuk.

Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman:

“Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)

Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab:

“Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan

ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.


c.. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup. Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari). Justeru keseimbangan dalam hidup adalah penting.


d.. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi s.a.w. telah bersabda:

“Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani)

Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.


e.. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar.

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa:

“Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.

Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

Masih Ingat Kekasih Lama

Nak lupakan kekasih lama tak mudah.. sebab tu lah ada setengah wanita masih tidak dapat melupakan memori mana bersama bekas kekasih teman le
laki nya walaupun sudah menemui cinta baru. berikut ialah bebrapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasih mudah lupa bekas kekasihnya ke?


kalau selalu sangat dia bandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya.. masih ingat la tue kat teman lelaki nya.

kalau dia ajak kamu membina ikatan serius dengan tergesa-gesa,, berkenalan belum sampai beberapa bulan dah nak ajak bertunang. tue maknanya dia nak tutup perasaan dirinya yang masih berbelah bagi nak selamatkan keaadaan

Pura-pura happy .. cara nak lupakan bekas kekasih .. bersikap macam tak ada apa yang berlaku, sedangkan sedih sangat dalam hati.

Simpann Gambar.. WALAU PUN ALASAN KATA TAK ADA APA-APA LAGI DAN HANYALAH SEKEPING GAMBAR... bAHAYA TUE.. bermakna kenangn di antara mereka masih akan tetap dalam ingatan....

BAIK DAN BURUK JATUH CINTA DENGAN KAWAN KARIB

Lebih mudah sesuaikan diri kerana sudah lama saling mengenali.

Sudah tahu kelemahan dan kekurangan diri masing-masing

Pasti direstui keluarga kerana tentu keluarga dah mengenali diri kita masing-masing.

Direstui member-member lain memang dah tau hubungan rapat korunk.

Rasa dah percaya kerana dah tau isi hati.. masing-masing

Kalau berpisah nanti kemungkinan putus tak kembali lagi buat selamanya.

Dah terlalu lama mengenali diri antara satu sama lain. makin kerap lah pertelingkahan terjadi.

Mengungkit kisah silam masing-masing kerana selalunya sahabat karib akan tahu rahsia temannya. ini akan jejas kan hubungan

Di Sebalik Nama

Cantumkan abjad-abjad dalam ejaan nama kamu, sekira nya ada abjad yang berulang kira abjad sekali sahaja Lihat maksud abjad yang terdapat dalam nama kamu itu. Gabungkan kesemua maksudnya dan lihatlah.. itulah keperibadian yang ada dalam diri mu sebenarnya!

Maksud Yang Tersirat Di Sebalik Nama

a Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

b Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru dikenali

c kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

d kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

e kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokan

f semua orang menyayangimu

g kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memrhati dan menilai individu

h kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadili sesuatu perkara.

i kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain turut tersenyum.

j opss.. kamu agak cemburu orang nya!

k kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru

i kamu amat percayai cinta.

m kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupan mu

n kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat

o kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

p kamu seorang yang peramah dan amat memahami

q kamu agak hipokrit awas.

r kamu gemar bersosial dan berhibur

s kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh ke hadapan.

t sikap kamu ada kalanya agak menjengkelkan orang di sekiling mu. Hindari dari sikap suka berlagak mu itu.

u kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setandinmg dengan individu di sekeliling mu walau pun ia luar kemampuan diri mu yang sebenar.

v Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!

w kamu sentiasa mementingkan waktu waktu peribadi yang ada. kamu akan cuba mempergunakan sebaik mungkin.

x kamu tidak suka pada arahan orang lain dalam hidup ini.

y kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri.

z kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!


Gabungkan Abjad nama anda ,Teliti maksud abjad yang terdapat dalam nama kamu.

Kaitan Warna Dan Tarikh Lahir Mu




1001
Rahsia mengenai Tarikh Lahir Anda. Menyingkap pelbagai rahsia keperibadian anda.


Merah
23 Disember-01 Januari
25 Jun - 04 Julai

Jingga/Oren
02- Januari - 11 Januari
05- Julai - 14 Julai

Kuning
12 Januari - 24 - Januari
11 Mac - 20 Mac
25 Mei - 03 Jun
25 Mei - 03 Julai
15 Julai - 25 Julai
13 September - 22 September
22 November - 01 Disember

Pink
25 Januari - 03 Februari
26 Julai - 04 Ogos

Biru
04 Februari - 08 Februari
01 Mac - 10 Mac
02 Mei - 14 Mei
05 - Ogos - 13 Ogos
03 September - 12 September

Hijau
09 Februari - 18 Februari
14 Ogos - 23 Ogos
23 September - 22 Disember

Coklat
19 Februari - 28 Februari
24 Ogos - 2 September

Hitam
21 Mac

Ungu
22 Mac - 31 Mac
24 September - 03 Oktober

Biru Laut
01 April - 30 April
24 Oktober - 11 November

Emas
15 Mei - 24 Mei
12 November - 21 November

Kelabu
11 April - 20 April
04 Jun - 13 Jun
24 Jun
14 Oktober - 23 Oktober
01 Disember - 11 Disember
01 Disember - 11 Disember

Merah Hati
14 Jun - 23 Jun
12 Disember - 21 Disember


MERAH
Kamu adalah seorang yang terlalu memilih tetapi berjiwa penyayang. dan sentiasa segar dan gembira selalu, kadangkala kamu juga bersifat 'moody'

JINGGA/OREN
Kamu mempunyai matlamat hidup mu sendiri dan suka bersaing. Dalam soal persahabatan kamu agak cerewet kerana kamu tidak mudah percaya orang lain.

KUNING
Kamu tergolong dalam kategori yang pemalu dan agak pendiam. kamu jugak di percayai orang sekiling mun dan bijak membuat pilihan

PINK
Kamu selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam apapjua yang kamu lakukan. tetapi kamu terlalu mudah berpuas hati.

BIRU
Kamu memiliki tahap yakin diri yang rendah terlalu memilih.kamu juga berjiwa seni dan suka untuk jatuhcinta. Namun, hati kamu terlalu mudah berubah ubah dan ada kalanya, kamu merasakan diri kamu sering keseorangan.

HIJAU
Kamu mudah di dekati kerana kamu bijak berkomunikasi dan bergaul. Namun kamu perlu berhati hati kerana kamu udah menyakiti hati orang lain dengan bertutur bicara yang kurang menyenangkan.

COKLAT
Aktif dan sentias memberi sokongan kepada orang lain, itulah sikap positif yang jelas dan nyata ada dalm diri kamu. Walau bagaimanapun kamu harus ubah keperibadian mu yang terlalu mudah berputus asa.\

HITAM
Kamu gemarkan cabaran dan kadangkala orang di sekiling mu sukar memahami dirimu. Sikap mu yang tidak suka pada perubahan harus di buang ke tepi. kehidupan kamu agak unik dan lain dari yang lain.

MERAH HATI
PINTAR , Itulah gambaran personaliti yang jelas daoat dilihat dalam dirimu. Dalam percintaan kamu terkenal dengan sikap penyabar namu agak sukar menemui cinta sejati.

UNGU
Kamu memiliki keperibadian ang agak misteri, tidak mementingkan diri sendiri dan gemar mencuba sesuatu perkara baru. Tapi awas ada kalanya kamu seperti memperbodohkan diri kamu sendiri di hadapan orang ramai.

BIRU LAUT
Kamu benar benar menghargai kehidupan mu. kamu memiliki dorongan hati yang sangat kuat dalam apa jua perkara. kamu agak sukar memaafkan orang lain.

PUTIH
Kamu gemar berangan angan tetapi kamu tetap mempunyai matlamat hidup. Pemikiran dan pendapat kamu juga kebiasaannya lain dari yang lain.

EMAS
Kamu bijak menilai sesuatu perkara dengan tepat. kamu juga memiliki perwatakan yang ceria tetapi agak cerewet dalam membuat sesuatu pemilihan.

KELABU
Kamu tidak gemar menyembunyikan perasaan sendiri. kamu juga bijak berkomunikasi dan individu di sekeliling mu sentiasa senang dengan sikap mu itu.

Getaran Cinta Kita

APA YANG KAMU LAKUKAN UNTUK MENJERNIHKAN KEADAAN

Aku Berubah Kau Juga Berubah
Ramai pasangan yang sudah terbiasa untuk saling menyalahkan antara sendiri kerana suatu masalah yang timbul. Cara terbaik nak selamatkan hubungan kamu belajar la ubah kebiasaan kamu sendiri agar pasangan tu pun turut terikut untuk mengubah kebiasaan tersebut.
mengamati tingkah laku masing-masing terhadap pasangan merupakan langkah pertama dalam nak ubah sikap., kalau boleh catat semua hasil pemerhatian kamu , dengan cara penerimaan terhadap perilaku pasangan secara tidak langsung kamu akan rasa sama-sama bertanggung jawab terhadap masalah kamu yang ada perubahan harus di mulakan dengan diri kamu.

AKU DAN KAU BERSAHABAT

Pernahkah kamu membayangkan betapa asyiknya bercinta dengan sahabat sendiri? sahabat biasanya lebih memahami, sentiasa bersedia untuk membantu dan boleh menjadi tempat untuk kamu mencurahkan rahsia hati. sahabat juga tidak akan membuatkan kita berasa sedih,kesal atau marah.sebaliknya, sebagai sahabat juga kamu sadah bersedia untuk bersamanya di waktu suka dan duka.perhubungan tersebut akan terus berkekalan jika kita boleh menunjukkan rasa hormat terhadap pasangan seperti yang kita lakukan pada seorang sahabat, masalahnya, ada kala kita menaruh harapanyang terlalu tinggi terhadap pasangan,mengharapkan si dia menjadi lebih sempurna,sehingga kita menjadi terlalu meminta dan mengharapkan perkara yang mestahil. contohnya, kamu boleh memahami jika sahabat mu datang lambat. tetapi, jika si dia yang terlambat, sudah pasti kamu naik angin. dengan cuba mengadaptasi pola perilaku seperti seorang teman, maka semua nilai positif yang ada dalam hubungan persahabatan dapat kita miliki..

AKU, KAU DAN CERITA SILAM

kekecewaan terhadap pasangan sering kali berkait rapat dengan masalah orang tua atau trauma di zaman kanak-kanak. Contohnya, jika si dia jarang memanjakan kamu, itu mungkin kerana ketika dalam lingkungan keluarganya dahulu si dia juga kuarng mendapat perhatian dan kasih sayang. sekiranya masalh ini sudah kamu sedari sejak awal. sudah psti kamu tidak akan menyalahkannya. Malah, kamu sudah menerima sikapnya itu sebagai satu perkara normal dan bukan kekurangandirinya.

AKU DAN KAU SALING BERGANTUNG

Kehadiran seornag kekasih yang bersifat pelindung sangat di perlukan dan merupakan perkara biasa dalam perhubungan cinta sepasang manusia dewasa. saling bergantung, merupakan salah satu kunci kebahagiaan dalam perhubungan cinta. sikap saling bergantung terhadap pasangan menjadikan kamu mendapat kuasa yang seimbang, boleh saling berkongsi perasaan serta saling menhargai. Namun ini tidak bermakn kamu langsung tidak tahu berdikari.

AKU KAU GHAIRAH BERCINTA

Ada pandangan yang mengatakan hubungan cinta berada di paras paling kritikal apabila frekuensi bercinta menurun. namun ada juga yang mengatakan pasangan yang mengalami situasi tersebut sedang berganjak pada tahap perhubungna lanjut, iaitu ketika dua kekasih berganjak menjadi sahabat. pada tahap ini, hubungan cinta menjadi tenang dan membahagikan. Tetapi, tidak ramai yang menyedari perkara ini. Dalam menjalinkan perhubungan, kita di kendalikan oleh sejumlah hormon. secara biologo, nafsu dan ghairah bercinta biaanya akan surut sedikit setelah hubungan terjalin selama enam bulan. ketika ghairah cinta mula menghilang. ramai pasangan yang merasakan mereka seolah olah telah kehilangan cinta. Padahal ini petanda perhubungan mereka telah memasuki tahap baru yang tidak lagi di pengaruhi oleh keinginan seksual semata.

AKU DAN KAU SALING BERKOMUNIKASI

Masalah paling kerap dihadapi oleh pasangan kekasih ialah lemahnya komunikasi di antara mereka wanta cenderung bersikap menyalahkan lelaki atas tindakan mereka. Padahal, semakin lelaki berasa kesal, semakin dia tidak peduli dan bersikap dingin. Dalam satu perhubungan cinta. komunikasi" non-verbal" juga sama pentingnya dalam komunikasi lisan. Menulis surat adalah cara komunikasi dasar. surat embolehkan kamu meluahkan rasa hati terhadap pasangan dengan cara yang lebihhangat. Jika tidak surat, e-mel pun dah mencukupi

AKU DAN KAU SELALU POSITIF

Memang sukar untuk selalu berpandangan positif terhadap pasangan dalam satyu perhubungan jangka panjang. Jadi awas jika bersikap negatif terhadap pasangan, kerana ia boleh menghancurkan. ketika berniat ingin mengatasi krisis, ramai yang saling melontarkan kritikan dan ternyata semua ini tidak akan memyelesaikan masalah. kritikan akan menjuruskan kita pada sikap defensif masing-masing melepaskan tanggungjawab atau saling menyalahkan. Pandangan positif akan memudahkan pasangan menghadapi saat saat getir yang terjadi dalam suatu perhubungan. ketika si dia melakukan sesuatu yang kamu anggap bodoh, cubalah fikirkan alasan nya. jika kamu boleh berfikir secara rasional, denagn sendirinya pandangan negatif yang terlintas di kepala kamu akan bertukar positif. sebenar apa yang merasuk dalam perasaan, akhirnya akan terwujud menjadi kenyataan, jadi cubalah untuk berfikirran positif, agar segala yang baik dan terindah boleh menjadi kenyataan.

"Jodoh pertemuan adalah ketentuan Tuhan yang esa. setiap insan sudah di tetapkan jodohnya, Yang pasti kita berusaha untuk mendapatkan cinta kita. Selalunya Jodoh yang menanti kita tidak berada jauh..."

Hari Kekasih - Hari kasih sayang

14hb Februari, Rata-rata rakyat malaysia celebrate hari kekasih-ari bergerek.Tak lama lagi tue 2, 3 hari nie.. makin ramai penjual bunga menjual bunga kat tepi-tepi jalan, terutama sekali bunga Ros,yang paling laris. Patung, kad mesti ada, sekurang ada yang nak tempah, atau beli terus kat kedai yang dah sedia ada. Mana yang nak tarik hati pasangan nya pun mesti nak buat cara yang kreatif.. ada yang buat kejutan sekali, Nak bagi hadiah yang paling special .
Jangan buat pasangan mati terkejut dah, kerana nak suprised giler kat pasangan..
Tue... lah cara nak tarik hati pasangan, ada pulak yang ambik tarikh tue nak lafazkan kata-kata cinta yang lama terpendam dan semakin berkarat, jangan pendam lama-lama, nanti sakit jiwa.

Ni lah al kisah pasangan nak celebrate hari kekasih atau hari kasih sayang.. bukan untuk pasangan bercinta jer, Untuk orang-orang tersayang pun boleh, teristimewa sekali orang tua kita.
Ajaklah parents makan kat restoran mahal-mahal ker kalau tak cukup bajet restoran murah pun boleh, janji makanan tu sedap.. kalau tak sedap merungut la dia orang, kalau yang tak merungut tak per.
Untuk pasangan kekasih yang kopakpulak.. tak de sen2.. tak payah ajak kekasih keluar.
Bagi jer bunga dan coklat. tak la banyak duit tu keluar, nanti nak ajak tengok wayang pulak.. pergi makan ker.. last2 pergi shopping mana nak lari lebih baik elakkan. atau bagi seribu satu alasan yang masuk dek akal
Bagi yang ader duit tapi tak cukup bajet, ajak ler pergi restoran yang dah khas anda plan kan . risik risik la dulu makanan kat restoran tu mahal ke tak, Buatlah pesanan dalam kuatiti yang patut .. tak payah banyak-banyak, sure tak makan habis punya sebab .. kalau yang baru 2, 3 kali jumpa tu mesti masih malu-malu kucing.
Trik anda nak mengorat dan ambik hati tue kena dengan tempat, jangan pulak terover sangat
nanti kekasih anda meluat pulak dengan anda.. kalau tak malu jugak buat jer la.. comform pompuan tu cari lain.


Pandangan Islam mengenai Hari Valentine's

Perayaan Valentine’s Day di masa sekarang ini mengalami menaikan sikap dan semangatterutama remaja. Dizaman Romawi, sangat berkait rapat dengan dunia para dewa dan mitologi sesat, Bagi orang Kristen dijadikan bahagian dari simbol perayaan hari agama, maka di masa sekarang ini bagaikan trends dan dengan pergaulan bebas muda-mudi. Mulai dari yang paling sederhana seperti berpesta, , bertukar hadiah hingga terjadinya zina secara legal. Semua dengan mengatasi dinamakan semangat cinta kasih sayang.

Dalam semangat hari Valentine itu, ada semacam kepercayaan bahwa melakukan maksiat dan larangan-larangan agama seperti berpasangan, berpegang tangan, berpelukan, berciuman, bahkan hubungan seksual di luar nikah di kalangan sesama remaja itu menjadi boleh. Alasannya, semua itu adalah ungkapan rasa kasih sayang, dan dalam islam ia berlandaskan nafsu belaka.

Bahkan tidak sedikit para orang tua yang merelakan dan memaklumi anak gadis mereka saling melempiaskan nafsu dengan teman lawan jenis mereka, hanya semata-mata kerana beranggapan bahawa hari Valentine itu adalah hari khas untuk mengungkapkan kasih sayang.

Padahal kasih sayang yang dimaksud adalah zina yang diharamkan. Orang barat memang tidak dapat membezakan antara cinta dan zina. Ungkapan make love yang ertinya bercinta, seharusnya cinta yang terkait dengan perasan dan hati, tetapi setiap kita tahu bahawa makna make love atau bercinta adalah melakukan hubungan kelamin atau di katakan zina.

Di dalam syair lagu romantis barat yang juga melanda begitu banyak lagu pop di negeri ini, ungkapan make love ini bertaburan di sana sini. Buat orang barat, berzina memang salah satu bentuk pengungkapan rasa kasih sayang. Bahkan berzina di sana merupakan hak asasi yang dilindungi undang-undang.

Bahkan para orang tua pun tidak punya hak untuk menghalangi anak-anak mereka dari berzina dengan teman-temannya. Di barat, zina dilakukan oleh siapa saja, tidak selalu Allah SWT berfirman tentang zina, bahwa perbuatan itu bukan hanya dilarang, bahkan sekedar mendekatinya pun diharamkan.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

(QS Al-Isra’: 32)

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Followers